SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Wednesday 12 November 2014

2014 : Majlis Perpisahan GB, Puan Hamidah & Puan Noor Hafiza

Program : Majlis Perpisahan Guru Besar, Pn Hamidah & Pn Noor Hafiza
Tarikh : 12 November 2014 ( Rabu )
Waktu : 10.30 pagi -1.00 Tengahari
Tempat : Dataran SKTAR
Tetamu undangan :
-Ustaz Norhisham bin Saimun ( Pegawai Meja Sekolah Asli PPDHS )
- Encik Jamaludin  ( JAKOA Hulu Selangor )
-Encik A Mizan bin Silai ( YDP PIBG )
-Puan Rokiah binti Hasan ( Mantan PK 1 )


Salam ingatan..

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. meskipun perpisahan itu adakalanya berat namun ianya perlu direlakan tanpa ditangisi. Kenanglah dan sanubarikalah di dalam hati. Jadikanlah kekuatan kerja berpasukan di SKTAR sebagai pemangkin kejayaan di tempat baharu. InsyaAllah.


Pada 12 November 2014 jam 10.30 pagi, kesemua para guru dan staf sekolah telah bekerjasama mengadakan Majlis perpisahan Guru Besar Encik Abdul Rahman bin Abdullah,serta 2 orang guru di sekolah ini iaitu Puan Hamidah binti Hambli dan Puan Noor Hafiza binti Ridzuan Jabier. Malis tersebut telah diadakan di Dataran SKTAR.

Berikut merupakan sedikit maklumat ketiga-tiga guru tersebut :


1. Encik Abdul Rahman bin Abdullah
Jawatan semasa di SKTAR : Guru Besar
Pengalaman di SKTAR : Jun 2012 - November 2014
Sekolah Baharu : SK Gesir Tengah Hulu Selangor
Sebab pertukaran : Keperluan Perkhidmatan PPDHS


2. Puan Hamidah binti Hambli
Jawatan semasa di SKTAR : Guru Bahasa Inggeris
Pengalaman di SKTAR : Januari 2009 - November 2014
Sekolah Baharu : SK Haji Kelali , Sarawak
Sebab pertukaran : Mengikut suami bertugas



3. Puan Noor Hafiza binti Ridzuan Jabier
Jawatan semasa di SKTAR : Guru BM &  Muzik
Pengalaman di SKTAR : Januari 2012 - November 2014
Sekolah Baharu : SK Seri Muda , Ayer Hitam Kedah
Sebab pertukaran : Mengikut suami bertugas



Berikut merupakan tentatif program sepanjang program berlangsung :

10.30 am :
-Berkumpul di tapak perhimpunan
- Ucapan pengerusi majlis
- Bacaan doa
- Ucapan daripada Pengerusi Badan Kebajikan Guru & Staf ( BKGS )
- Ucapan dari Guru Penolong Kanan pentadbiran
- Tayangan video
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan Pn Noor Hafiza
- Ucapan Pn Hamidah
- Penyampaian hadiah dan cenderamata
- Persembahan nyanyian warga sekolah
- Sesi bersalaman bersama murid-murid
-Sesi bergambar bersama guru-guru dan staf
-Punch Kad terakhir GB.

1.00 pm : Majlis bersurai

Kandid kenangan :

Murid mengambil tempat

Warga kerja sekolah juga sudah mengambil tempat

Yang dirai sudah tiba


 
 Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Aziz

 
 Mengamiinkan doa

 
 Ucapan aluan oleh Presiden BKGS Encik Mohamed Nayan

 
 Ucapan terima kasih sekolah oleh PK 1 Puan Rosidah binti Mohamad Ahyar

 
 Ucapan perpisahan oleh Guru Besar Encik Abdul Rahman

 
 Ucapan perpisahan oleh Puan Hamidah binti Hambli

 
 Ucapan perpisahan oleh Puan Noor Hafiza

Tayangan video membabitkan ketiga-tiga orang guru

 Sumbangan dari Puan Hamidah & Noor Hafiza untuk sekolah

 Sumbangan hadiah dari PIBG yang disampaikan 
oleh Encik A Mizan pada Guru Besar

 Sumbangan BKGS untuk Guru Besar Encik Rahman

 Sumbangan BKGS untuk Puan Hamidah

Sumbangan BKGS untuk Puan Noor Hafiza

 
 Tarian Joget Kenangan Manis oleh murid Tahun 5

 Persembahan tahun 3 : All About The Bass

 Segmen nyanyian bersama warga sekolah

 Sesi bersalaman dengan murid-murid

 Foto kenangan terakhir bersama kesemua 30 warga kerja SKTAR

Kenang kami dalam ingatanmu..


Selamat maju jaya buat anda semua. 
SEKALUNG BUDI , SEJAMBAK KASIH.

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...