SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Monday 10 November 2014

2014 : Sambutan Hari Lahir Murid Asrama & Perpisahan GB Peringkat Asrama

Majlis : Sambutan Hari Lahir Murid Asrama  & Perpisahan GB Peringkat Asrama
Tarikh : 10 November 2014 ( Isnin )
Waktu : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Makan Asrama SKTAR
Unit Berkaitan : HEM & Pengurusan Asrama
Sasaran : 
- Menyambut hari lahir murid asrama dari bulan Julai - Disember
- Mengenang pertukaran Guru Besar Encik Abdul Rahman 




Salam 1 Malaysia..

Pada 10 November 2014 detik jam 2.30 petang, Pengurusan Asrama dibawah seliaan Encik Saifulizan bin Salehuddin selaku Guru Hal Ehwal Murid berganding bahu dengan warga kerja asrama iaitu Encik Said Sobrie, Puan Rodiha Irhanim , Cik Noor Ida Mardhiah dan AJK Asrama telah mengadakan Sambutan Hari Lahir Murid Asrama Sesi 2 & Perpisahan Guru Besar bagi peringkat Asrama.



Majlis yang telah disusun rapi petang tersebut berjalan  lancar dengan ketibaan hampir kesemua guru-guru dan staf sekolah . Sebelum majlis dimulakan, kesemua murid Islam dan guru telah menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di surau asrama dengan turut menyelitkan tahlil ringkas serta doa selamat dipimpin oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah.



Berikut merupakan tentatif program :

1.30 - 2.15 pm : Solat Zuhur berjemaah dan Tahlil ringkas di surau asrama
2.15 - 2.30 pm : murid dan jemputan mengambil tempat
2.30 - 3.15 pm :Bacaan doa dan jamuan makan
3.15 - 3.30 pm :
-Ucapan Pengerusi majlis oleh Warden Asrama Cik Noor Ida Mardhiah
-Ucapan ketua  murid Asrama oleh adik Ejan bin Pulan
-Ucapan Guru HEM Encik Saifulizan bin Salehuddin
-Ucapan yang dirai oleh Encik Abdul Rahman bin Abdullah

3.30 - 3.40  pm : Tayangan slide mengenang Guru Besar
3.40 - 3.50 pm :  Persembahan murid asrama pada Encik Abdul Rahman
3.50 - 4.00 pm : Penyampaian hadiah hari lahir dan memotong kek murid asrama
4.00 - 5.00 pm : Persembahan karaoke melibatkan warga sekolah dan murid.
5.00 pm : Bersurai


Sambutan Hari Lahir :


Sambutan Hari Lahir murid telah diadakan sejak 2012 lagi di asrama SKTAR. Program Ini bertujuan membangkitkan keseronokan murid-murid Asli Tahun 1 - 6 untuk terus tinggal di asrama Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak. Secara tidak langsung, menunjukkan penghargaan warga kerja sekolah terhadap pengorbanan murid-murid  . Di harap dengan tujuan tersebut semakin menaikkan motivasi murid-murid untuk terus menuntut ilmu meskipun jauh dari keluarga masing-masing.


Terdapat 2 sesi malis hari lahir asrama iaitu Sambutan dari Bulan Mei - Jun dan Julai - Disember. Warga kerja sekolah termasuk guru, staf dan pekerja swasta turut tidak ketinggalan menyanyikan lagu selamat hari lahir pada murid terlibat. Hadiah perseorangan turut disampaikan oleh Guru Besar Encik Abdul Rahman bin Abdullah.


Perpisahan Guru Besar :

SKTAR terpaksa merelakan pemergian Encik Abdul Rahman bin Abdullah yang akan meneruskan khidmat baktinya di sekolah baharu di Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah Hulu Selangor mulai Khamis ini (  13 November 2014 ) . Pertukaran ini dibuat memandangkan keperluan perkhidmatan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor.


Kesemua warga sekolah termasuk guru, staf dan murid-murid amat merasai kehilangan seorang ketua jabatan  yang diplomasi, berketrampilan, dinamik dan progresif. Pastinya segala jasa dan sumbangan pada sekolah ini tidak akan kami lupakan sehingga ke akhir hayat.  Jawatan beliau akan digantikan oleh Encik Rahiman yang juga tidak asing di kalangan warga pendidik di daerah perbukitan Selangor ini.


Justeru itu, pihak asrama telah mengadakan malis mengenang perpisahan Encik Abdul Rahman bin Abdullah dengan menyediakan pelbagai slot menarik seperti tayangan slide , persembahan murid dan penyampaian hadiah. Antara jasa terbesar beliau pada asrama SKTAR adalah Toys Library sumbangan Yayasan Emkay.



Berikut merupakan kandid kenangan yang sempat dititipkan :

Jamuan makan mengisi slot pertama

Meja VIP untuk barisan pentadbir
 tak toleh lagi dah..

Abang Nan  turut serta petang itu

Juruteknik komputer Encik Fahmi menikmati hidangan sambil memastikan audio tip-top.

Hidangan secara buffet untuk murid dan jemputan

Selera nampaknya murid-murid asrama ini.

Juruacara majlis merangkap warden Cik Noor Ida Mardhiah

Ucapan wakil murid asrama oleh adik Ejan bin Pulan

Ucapan aluan dari PK HEM Encik Saifulizan bin Salehuddin

 Ucapan perasmian dan dirai Encik Abdul Rahman bin Abdullah

 Persembahan nyanyian murid khas untuk GB. 2 lagu favourite GB dipilih iaitu Terhenti Lamunan - Aris Ariwatan dan Pelangi Petang - Sudirman.

Tayangan Slaid mengenang Guru Besar sepanjang berada di SKTAR sejak 2012 -2014

Acara memotong kek untuk murid asrama lahir bulan Julai - Disember

 Adik ranggis antara murid yang menerima hadiah hari lahir yang disampaikan oleh Guru Besar

 
 PK HEM menyampaikan cenderamata kenangan pihak asrama untuk Encik Abdul Rahman

 Pekerja swasta kak Lola juga sudi memberi hadiah untuk Guru Besar yang akan bertukar

 
 Persembahan Karaoke oleh warga SKTAR

 
 Backdrop hasil kerja guru kreatif Puan Wahira yang dibantu rakan-rakan sejawat

 Ustaz Aziz bergambar kenangan dengan Encik Abdul Rahman

 Selamat maju jaya Cikgu Rahman - Warga kerja SKTAR


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...