SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Wednesday 12 November 2014

2014 :Amanat Terakhir GB Encik Rahman sebelum berpindah

Taklimat : Amanat Terakhir GB Encik Rahman sebelum berpindah
Tarikh : 12 November 2014 ( Rabu )
Waktu : 8.15 - 9.20 pagi
Tempat : Pusat Sumber SKTAR
Kehadiran : Kesemua 23 Orang guru dan 7 staf sokongan

 Kesemua warga kerja sekolah sudah berkumpul

Salam..

 Encik Abdul Rahman bin Abdullah akan menamatkan perjawatan guru besar di sekolah ini mulai esok hari pabila mana beliau akan menjawat jawatan guru besar di Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah mulai esok secara rasmi. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan oleh kesemua warga kerja sekolah demi menjayakan matlamat sekolah sebagai " Sekolah bertaraf  Penandaarasan Asli".

Antara point utama adalah :

-Mengucapkan terima kasih secara personal pada semua guru dan staf
-Mengharapkan agar kegemilangan SKTAR dapat diteruskan di masa-masa mendatang
-Menjadikan SKTAR cemerlang dengan penekanan pengurusan akademik yang sistematik


Setelah selesai taklimat tersebut, beliau sudi menyampaikan cenderamata pada semua warga kerja sekolah. Majlis perpisahan beliau akan diadakan secara rasmi oleh kesemua warga sekolah pada jam 11.00 pagi hari yang sama.


 saya sebenarnya berat hati untuk meninggalkan sekolah ini..
namun SKTAR tetap dihati saya - GB Rahman

 Kejayaan SKTAR akan tetap kami pertahankan, InsyaAllah

 apakah ada lagi sinar kebahagian esok hari selepas pemergianmu

Di sini lahirnya sebuah permuafakatan yang erat


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...