SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Sunday 22 July 2012

Sehari sebelum Ramadhan 1433h @ Tun Razak



Bertemu lagi dengan Ramadhan..

Pada hari Jumaat (20 Julai 2012) , Kelab Guru SKTAR telah mengadakan majlis port luck yang merupakan agenda wajib dikalangan warga SKTAR tertutama guru dan staf. bertempat di Kantin SKTAR pada jam 9.45-10.20 pagi, pelbagai hidangan disediakan oleh warga SKTAR. InsyaAllah umat islam di Malaysia akan berpuasa pada Sabtu 21 Julai 2012 atau esoknya.  Antara hidangan yang dibawa seperti koktail, puding karamel,nasi lemak dan kuih muih.



Pada jam 11.05 pagi hingga 12.05 tengahari pula Panitia P.Islam telah menghimpunkan kesemua murid islam dari tahun 1-6 untuk penerangan tentang Ramadhan.Antara perkara yang dimaklumkan pada murid seperti syarat berpuasa,niat, pekara yang membatalkan puasa,edaran pamplet, aktiviti ramdhan dan pelbagai lagi.Tahniah pada guru2 panitia pendidikan Islam.


Admin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa pada semua warga SKTAR dan pendidik di seluruh negara. Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan 1433h.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...