SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Sunday 22 July 2012

Sukan SKTAR Kali ke 34

 Alhamdulillah..

SKTAR buat kali ke-34 nya berjaya mengadakan sukan tahunannya yang bertempat di Padang SK KKB pada 15 Julai 2012 (Ahad ) yang lalu. Berkat semua yang terlibat dari watga SKTAR dan pihak luar berganding bahu menjayakan sukan tahunan kali ini. Sebelum itu reherseal telah dijalankan pada hari Khamis dan Jumaat 12-13 julai 2012 yang lalu.  Majlis sangat meriah dimana turut dihadiri oleh Ibu bapa, waris murid-murid dan turut dibantu guru dan staf SKTAR.

 Padang SK KKB. Terima kasih paga GB dan S/u sukannya.

 Rumah Kuning. Merangkul anugerah olahragawandan olahragawati tahunan. 

 Rumah Biru. Memenangi perhiasan rumah paling cantik 

Rumah merah. Johan keseluruhan.

Secara keseluruhan, rumah merah mendapat tempat pertama disusuli rumah kuning dan rumah biru. Olahragawan disandang oleh adik Halim bin Ajemi yang merupakan atlit mewakili Selangor dalam peringkat Kebangsaan Sukan Murid Orang Asli di Johor tahun lalu. Manakala olahragawati disandang oleh adik Safira binti Burat yang juga pelari 200 Meter selangor dalam kejohanan yang sama.

Majlis dirasmikan oleh YB Wong Kun Mun ADUN KKB yang turut sudi menyumbangkan RM2000 untuk unit Kokurikulum. Pada hari ini juga Guru Besar yang baru iaitu Encik Abdul Rahman bin Abdullah bekas GPK 1 SK Gedangsa telah mula berkhidmat di sekolah ini. Selamat datang diucapkan.  So pada hari Isnin (20 Julai 2012 ) SKTAR mengambil cuti peristiwanya yang pertama. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...