SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Friday 18 October 2013

LAWATAN PENANDA ARAS ASRAMA 2013


Salam...



Pada 10-13 Oktober 2013 bertempat di SMK Syed Alwi Perlis Indera Kayangan, satu lawatan penanda aras peringkat Negeri Selangor telah memilih sekolah tersebut yang telah memenangi anugerah ASAT ( Anugerah Asrama Terbilang) pada tahun 2011. Lawatan ini disertai oleh 34 buah sekolah yang mana 4 daripadanya dari sekolah rendah termasuk Asrama SKTAR. 



3 Murid Asrama SKTAR : Mus, Zul dan fairul Tahun 5

Penginapan  para pegawai penanda aras di My Hotel langkawi, menjadi lokasi kesemua sekolah berasrama di Selangor. Asrama tersebut dihiasi indah dengan pelbagai metafora dan mural di dinding setiap bangunan asrama sekolah tersebut. Asrama SKTAR diwakili oleh Wardennya cik Noor Ida binti Kamaruzzaman, Penyelia asrama SKTAR Puan Rodiha Irhanim binti Shamsuddin, 3 wakil murid iaitu  Zul bin khairul Nizam, Mus bin Rizal dan Fairul bin Othman.

 
 Warden : Cik Ida dan penyelia : Puan Rodiha

Selepas selesai menghadiri lawatan tersebut, kesemua pegawai dan murid asrama telah di bawa bersiar-siar di sekitar Pulau Langkawi antaranya seperti :

  • Island hoping di Tasik DayangBunting
  • Makam Mahsuri
  • Cable car gunung Mat Chincang
  • Padang Besar Perlis.
 

***********

Penanda aras merupakan proses membandingkan proses sendiri dan metrik prestasi dengan yang terbaik dalam industri dan/atau perlaksanaan terbaik dalam industri lain. Dimensi yang biasanya diukur adalah kualiti, masa, dan kos. Peningkatan daripada apa yang dipelajari bererti melakukan sesuatu dengan lebih baik, lebih pantas dan leih murah.

Ia adalah satu proses yang sistematik dan berterusan atau istiqomah untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai, dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau organisai yang lain. Penanda aras boleh menggalakkan produk berkualiti dengan cara, pengurusan boleh meningkatkan kualiti dengan cara menganalisis dan kemudian meniru kaedah pemimpin yang lain di dalam pelbagai bidang.

 Galeri di SMK Syed Alwi Perlis







Penanda aras membabitkan pengurusan mengenal pasti firma terbaik dalam industri mereka, atau sebarang industri yang memiliki proses yang sama, dan membandingkan keputusan dan proses dengan yang dikaji ("sasaran") dengan keputusan dan proses sendiri bagi mengetahui berapa baik prestasi sasaran dan lebih penting lagi, bagaimana mereka melakukannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...