SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Wednesday 30 October 2013

GOTONG-ROYONG PERDANA 2013

Salam,


Pada hari Rabu-Khamis ( 30-31 Oktober 2013 ) bertempat di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak , Unit Hal Ehwal Murid dibawah kelolaan Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar telah menggerakkan unit 3K (Kebersihan, keselamatan dan Keceriaaan) yang diselaraskan oleh gurunya encik Mohamad Nayan  dan Unit BNK ( Kaunseling) diselaraskan oleh Encik Aziz bin Lahakim. Terima kasih tak terhingga diucapkan pada semua murid tahap 2 terutama murid tahun 6 yang sangat ikhlas membantu guru dan staf bagi menceriakan lagi kawasan persekitaran di sekolah ini.


SKTAR yang dikenali sebagai sekolah murid orang Asli di daerah ini amat mementingkan kualiti persekitaran bagi menyediakan mood suasana pembelajaran yang kondusif sekaligus menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah. Moto SKTAR iaitu " SKTAR DIHATIKU" menjadi pemangkin semangat di kalangan murid untuk lebih menjaga harta benda dan kegunaan awam bersama.


 2 tempat utama gotong royong adalah membantu unit PSS ( Pusat sumber) dan bilik guru apabila 2 bilik berkenaan mengalami perubahan lantai simen digantikan dengan tile batu kuarza. Terima kasih diucapkan pada guru besar Encik Rahman yang mengusahakan inisiatif murni ini.


mentaliti menganggap Orang Asli ketinggalan perlu dibuang, ianya hanya persepsi tanggapan dan tak beerti jika tanggapan itu tidak didasari dari pemerhatian bersama masyarakat kaum asal ini. Kaum Asli Temuan Hulu Selangor masakini sudah seiring dengan semua bangsa di Malaysia. Kesemua guru dan staf SKTAR berbangga kerana kami dapat berkhidmat di sebuah sekolah yang eksotik dan unik.

 

-SKTAR DIHATIKU-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...