SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Tuesday 1 October 2013

KSSMOA Hari Pertama 2013 : RATU PECUT 200 METER !


Adik Rosmayanti Erna dinobat ratu Pecut Selangor 2013..


Catatan masa terpantas !!!


Kejohanan Sukan Murid-murid Orang Asli hari pertama bagi tahun 2013 telah bermula..Hari ini penentunya siapakah jaguh antara jaguh balapan di kalangan 11 buah sekolah-sekolah Orang Asli seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Pada hari ini ( 1 Oktober 2013 )  sekitar jam 9.00 pagi - 3.00 petang bertempat di Padang SMK USJ 23 Petaling Selangor Darul Ehsan, berlangsungnya acara :

  • 100 Meter lelaki & perempuan
  • 200 Meter lelaki & perempuan
  • Lontar Peluru
  • Lompat tinggi
  • Lompat jauh
  •  
Pemenang bangga bersama pingat dimenangi

Kontinjen SKTAR selaku wakil tunggal daerah Hulu Selangor membawa 6 orang murid bagi pelbagai acara :

  • Like bin Achim Tahun 5 : 200 Meter & 100 Meter lelaki
  • Olina binti Sedu Tahun 5 : 200 Meter & 100 Meter lelaki
  • Hairi bin Johar Tahun 5 : 200 Meter & 100 Meter lelaki
  • Zulkamirul Nizam bin Suri : 200 Meter & 100 Meter lelaki
  • Rosmayanti Erna Tahun 5 : 200 Meter & 100 meter perempuan
  • Zulaiya Tahun 5 : 200 Meter & 100 meter perempuan
  • Asnera Tahun 6 : Lontar Peluru
  • Shahril Ng Tahun 6 : Lontar peluru

Berikut merupakan pencapaian SKTAR yang sangat membanggakan :

 
 Adik Rosmayanti Erna jaguh 200 Meter seluruh Selangor
  •  Juara 200 Meter : Rosmayanti Erna  binti Rosli
  •  Naib Juara 100 Meter : Rosmayanti Erna  binti Rosli
  •  Ketiga  200 Meter : Hairi bin Johar 
  •  Keempat : 200 Meter :  Zulaiya
 
 Adik zulaiya pememang keempat turut menerima kalungan pingat.

Adik Rosmayanti Erna binti Rosli akan mewakili Negeri Selangor ke Peringkat Kebangsaan di jangka akhir bulan Oktober ini. Ketua kotinjen hari ini diketuai oleh GPK Koko puan Hajjah Jashiah sambil dibantu oleh Cikgu Yusmawi dan Cikgu Noor Hafiza. Kenderaan disediakan oleh Unit Pengangkutan PPDHS dan dipandu oleh Encik Jais.

 
 Cikgu Pengiring : Awi, Pija dan Puan Hajjah Jashiah


Tahniah semua.. SKTAR BOLEH !!!


- SKTAR DI HATIKU -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...