SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Friday 11 October 2013

PELUPUSAN ASET LUSUH 2013

Salam semua..

Unit Aset Sekolah diketuai oleh puan Rokiah binti Hasan telah menggerakkan 4 jawatankuasa aset bagi mengenal pasti aset milik sekolah yang perlu dilupuskan mengikut tatacara yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada petang Rabu ( 9 Oktober 2013 ) lalu, unit jawatankuasa aset telah mengadakan gotong royong bagi menggumpulkan aset yang telah usang serta tidak ekonomik untuk dibaik pulih kembali.



Encik Fahmi mengambil gambar untuk tujuan dokumentasi

 Berikut merupakan Jawatankuasa aset SKTAR bagi tahun 2013



Penasihat
Encik Abdul Rahman bin Abdullah ( Guru Besar )
Penyelaras
Puan Rokiah biti Hasan ( PK Kurikulum )
AJK
Encik Abdul Aziz bin Abdullah
Encik Muhd Fahmi b. Kamil Hadi
Pn. Hamidah binti Hambli
Pn. Saedah binti Ahmad



 Almari yang usang

Himpunan kerusi, meja dan perabot yang lusuh


Berikut merupakan tatacara sebenar mengikut KPM :

Tatacara Mengisi Borang Pelupusan Aset Alih Kerajaan

DEFINISI PELUPUSAN

Pelupusan adalah satu tindakan untuk mengeluarkan aset daripada milikan, kawalan, simpanan, dan rekod mengikut kaedah – kaedah yang di tetapkan.

OBJEKTIF PELUPUSAN

Memastikan Jabatan :
  1. Tidak menyimpan harta benda yang tidak boleh di gunakan / tidak di perlukan lagi
  2. Mendapat hasil pulangan yang terbaik
  3. Menjmat ruang stor / pejabat

JENIS ASET ALIH
  1. Aset Kementerian / Jabatan yang di perolehi daripada wang kerajaan
  2. Aset yang di terima sebagai hadiah atau sumbangan
  3. Sampel / barang contoh untuk tender / kontrak
  4. Aset yang di lucut hak

JUSTIFIKASI PELUPUSAN
  1. Barang pecah dan rosak
  2. Habis tempoh penggunaan ekonomik
  3. Tidak ekonomik di baiki
  4. Usang
  5. Tamat tarikh luput
  6. Melebihi keperluan
  7. Tidak sesuai lagi di gunakan – perkembangan teknologi
  8. Disyorkan selepas urusan verifikasi, pengiraan stok dan pemeriksaan stok

PROSES PELUPUSAN KERJA



Lampiran 1: Contoh borang  KEW PA -16




Lampiran 2 : Contoh borang KEW PA-17

 


-SKTAR DIHATIKU-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...