SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Tuesday 8 October 2013

KEMPEN KESEDARAN DEMAM DENGGI 2013

Kesihatan bermula dari kebersihan...




Apa khabar semua para pembaca blog SKTAR, semoga senantiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Tahukah anda nyamuk Aedes merupakan pembawa kuman virus berbahaya yang boleh menyebabkan kematian ? Beberapa tanda awal demam denggi boleh merawat penyakit ini sebelum ianya semakin parah.

Justeru itu, unit Hal Ehwal Murid ( HEM ) di bawah seliaan puan Rosidah binti Mohamed Ahyar telah mengadakan Kempen Kesedaran Demam Denggi .  Kempen tersebut diadakan pada hari Isnin ( 7 Oktober 2013 ). Terdapat 3 unit penting di peringkat sekolah dalam menjayakan kempen  ini :

  • Unit 3K ( Keselamatan, Kebersihan & Keceriaan ) : Puan Saedah bt.Ahmad
  • Unit Bimbingan & Kaunseling |: Encik Abdul Aziz bin Lahakim
  • Unit Asrama : Warden cik Noor Ida Mardiah binti Kamalruzaman  

 Kempen ini bertepatan dengan saranan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pusat Kesihatan Daerah ( PKD) Hulu Selangor. Justeru itu, Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor telah menjemput penceramah jemputan dari PKD : Encik Mara'ai bin Aris


Encik Mara'ai bersama salah seorang peserta kempen, adik Rasman bin Iti


Berikut merupakan Tentatif Program tersebut :


9.00 pagi

Berkumpul di Dewan terbuka SKTAR
9.10 pagi

§  Ucapan aluan pengerusi majlis
§  Bacaan doa
§  Ucapan PK HEM
§  Ucapan wakil PKD
9.30 pagi
ü  Ceramah denggi
ü  Kuiz
11.00 pagi

Pameran & rehat
11.30 pagi

Lawatan kawasan sekolah
12.00 thari

Aktiviti
Tahap 1 : Mewarna
Tahap 2 : Melukis poster

1.00 thari

Majlis penutupan & penyampaian hadiah


Mari kita lihat beberapa foto kenangan sepanjang kempen tersebut berlangsung :


 Murid-murid mengambil tempat

Dipen gerusikan oleh guru bertugas : puan Noor Hafiza

Ucapan aluan dan perasmian oleh PK HEM, Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar


 Bahan kempen untuk tayangan

 Poster dan risalah kempen Basmi Denggi

 Lawatan tapak Encik Mara'ai disaksikan murid-murid

 Kenangan bersama guru ketika lawatan tapak Basmi Denggi

Aktiviti mewarna :

 
khusyuknya mengaler...

Puan Siti Khadijah memeriksa helaian demi helaian peraduan mewarna

Telitinya Jawatankuasa hadiah ...

Acara penyampaian hadiah mewarna telah diadakan pada hari Selasa 8 Oktober 2013 di dataran SKTAR sekitar jam 7.50-8.00 pagi. ianya disempurnakan oleh PK Kurikulum puan Rokiah binti Hassan.


 
 Tibalah hari yang ditunggu

 Pemenang tahun 6 : Katijah, Sharol dan Arais


 
 pemenang tahun 5 : Mayuni, Rosmayanti Erna & Zuraidah

 
 Pemenang tahun 4 : Ranggis,  & Iskandar
 
 pemenang tahun 3 : Shuperi, Rosthaliea & Shahira

 pemenang tahun 2 : putera , Sem & Razali

 pemenang tahun 1 : Shakira dan 2 murid lagi.

Secara keseluruhannya, Kempen Kesedaran Demam Denggi ini di harap dapat memberi kesedaran pada semua murid-murid dan warga sekolah betapa bahayanya nyamuk aedes. Pengawalan denggi dari awal dapat mencegah demam denggi dari merebak sekaligus menjadi wabak yang boleh memusnahkan masyarakat dan produktiviti negara.

-SKTAR DI HATIKU -

1 comment:

  1. Tahniah dan terima kasih kepada Unit Bimbingan, Unit 3K dan Unit Asrama...Jangan lupa lepas ini kita buat pula gotong-royong cari dan musnah nyamuk aedes..SKTAR DIHATIKU

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...