SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Tuesday 11 February 2014

TOKEN RIA LINUS 2014

Salam kedamaian...


 Gimik perasmian

Pada 10 Februari 2014 (Isnin) di Dataran SKTAR telah berlangsung majlis Token Ria Linus bagi tahun ini. Penyelaras Linus iaitu Puan Nor Wahira binti Ali telah menyediakan beberapa aktiviti menarik bagi menarik minat murid pemulihan lebih memahami kaedah pembelajaran khususnya dalam pembacaan dan pengiraan asas.Linus adalah program Literasi dan Numerasi bagi membolehkan murid pemulihan lebih pantas dalam memahami aspek bahasa dan nombor.


Objektif Token Ria Linus
  1. Menyediakan peluang kepada murid-murid Linus untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar secara individu daripada mentor masing-masing
  2. Merapatkan hubungan antara guru dan murid
  3. Menyemai dan memupuk sifat kesungguhan dan keazaman dalam diri murid-murid Linus serta mengekang sifat mudah putus asa
  4. Menggalakkan kerjasama antara guru dalam memastikan pencapaian Linus di sekolah
  5. memberi galakkan kepada murid yang terlibat untuk membaca melalui pemberian ganjaran setiap hari.
Matlamat
Mensifarkan Murid-murid Linus tegar dan Linus dalam saringan 2 yang akan datang.
Program ini dapat mengesan kelemahan murid secara individu dan seterusnya membantu mereka untuk memantapkan kemahiran mereka untuk menguasai kemahiran 3M dengan teknik yang betul.


Dirasmikan oleh guru besar dibantu Puan Wahira bt Ali

Jawatankuasa Pelaksana

Penyelaras Linus : Puan Nor Wahira binti Ali 
Setiausaha : Puan nia ( GPML)
Pn. Zaitun binti Kassim (KP BM)
En.Abdul Aziz bin  Lahakim (KP Matematik)
Pn Noorhayati binti Nawawi (KP bimbingan dan Kaunseling)
Pn Noriah Tong Seng ( Penyelaras PSS)

 
 Hadiah yang akan ditukar dengan token wang kertas contoh.

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...