SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Saturday 15 February 2014

Terima Kasih Uncle Forusutman


Setiap keindahan  memerlukan pengorbanan..

 mungkin itulah bait sesuai bagi menggambarkan lanskap  ceria di sekolah ini. Antara salah satu dari tenaga pekerja swasta yang dekat di hati SKTAR....

 Encik Foru bergambar bersama Encik Rahman


 Pengacara majlis : Encik Mohd Nayan

 Ucapan penghargaan oleh guru besar

 Ucapan yang diraikan, encik Foru

Kami warga Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada Encik Forusutman A/L Manikkam. Beliau merupakan salah seorang dari pekerja swasta bagi perkhidmatan pembersihan kawasan sekolah. Lebih dikenali sebagai Uncle Foru dikalangan anak-anak SKTAR,persaraan wajib beliau yang telah mencecah umur 61 tahun amat dirasakan.

Plak penghargaan dari GB kepada encik Foru

Sedikit saguhati dari warga kerja SKTAR

Terkenal dengan semangat kerja yang tidak mengenal erti kepayahan, kepanasan dan keletihan , beliau mencurah sepenuh tenaga dan kudrat bagi meastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih dan ceria. Terima kasih atas hasil kerjanya di sekolah ini semenjak tahun 2007 lagi.

Berikut sedikit sejarah perkhidmatan beliau :

2007-2011 : SK Tun Abdul Razak ( Sarimah Services)
2012 (3 bulan) : SMK Ampang Pechah KKB (Sarimah Services)
2012-2014 : SK Tun Abdul Razak (Anjung Pelangi Sdn Bhd)

Justeru itu, warga kerja sekolah ini sudi mengadakan majlis perpisahan dan persaraan wajib oleh Uncle Foru pada 14 Februari 2014 (Jumaat) pada jam 11.30 pagi. Guru Besar juga menyampaikan plak penghargaan dan sedikit saguhati hasil sumbangan guru-guru dan staf di sekolah ini. Terima kasih Uncle Foru. 

 
Adik Jasman bin Liga yang rapat dengan uncle Foru

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...