SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Monday 17 February 2014

PERASMIAN NILAM 2014

Salam semua..

Gimik perasmian

Pada 17 Februari 2014 (Isnin) bertempat di Dataran SKTAR, telah berlangsung Program Nilam 2014 yang disempurnakan oleh guru besar Encik Abdul Rahman bin Abdullah. Program  ini diselia oleh guru Pusat Sumber Sekolah iaitu Puan Noriah Anak Tong Seng. 

 Agihan untuk setiap kelas akan diserahkan pada guru-guru kelas

 Ketua Pengawas adik Rosmayanti Erna membaca dan memperdengarkan kisah kepada rakan-rakannya

 Slot bacaan pagi sambil dibimbing oleh para guru.

 Diselia oleh guru PSS puan Noriah
Pk Kanan Puan Rokiah menyampaikan bakul buku cerita pada Puan Noor Hafiza selaku guru kelas

Pelancaran Program Nilam ini diadakan bertujuan untuk menerapkan amalan membaca di kalangan anak-anak orang asli di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak. Satu program khusus Nilam telah diselaraskan masanya pada awal pagi waktu persekolahan 10 minit sebelum loceng pertama dibunyikan. Penglibatan murid dari tahun 1-6 ini bagi menyemai sikap membaca dalam kehidupan.

Berikut merupakan objektif Nilam :


  1. Menggalakkan murid membaca tidak mengira masa dan tempat
  2. Mengurangkan masalah buta huruf di kalangan murid Orang Asli
  3. Pendedahan penggunaan PSS dalam meningkatkan kecemerlangan akademik
  4. Memberi pengiktirafan murid yang berjaya mencapai Tahap Jauhari dan Rakan Pembaca.
 

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...