SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Friday 28 February 2014

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2014

PROGRAM : KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2014
TARIKH : 27 FEBRUARI 2014 ( KHAMIS)
TEMPAT : PSS SKTAR
GURU SELIAAN : PUAN NORIAH ANAK TONG SENG

Barisan Pengawas Pusat Sumber SKTAR 2014 bersama guru.

Lafaz kesetiaan Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Sebagai pengawas pusat sumber sekolah ini, kami berjanji dan mengaku akan memberi kerjasama dengan penuh jujur dan ikhlas kepada seluruh warga sekolah ini dan akan sentiasa mengikuti segala perintah, arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Kami berjanji akan :
  • Berakhlak baik di sepanjang masa
  • Bersedia menjadi contoh yang baik kepada murid lain
  • Bersedia menjalankan tugas dengan jujur dan bertanggungjawab
  • Berusaha meninggikan nama baik sekolah ini
  • Menjadikan sekolah ini sebaik tempat untuk pengajaran dan pembelajaran
  • membantu guru-guru dalam meningkatkan mutu Pusat Sumber Sekolah
  • Sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara
Kursus ini diadakan bagi menekankan aspek kepimpinan dalam kalangan murid-murid. Cetusan idea dan tuntutan rasa tanggungjawab untuk melahirkan murid yang boleh memimpin dan mempunyai daya kepimpinan bagi melahirkan anak bangsa dan generasi yang bermatlamat dan berwawasan yang bakal mengisi kekosongan barisan kepimpinan masa hadapan.

Selain itu, kursus ini diharapkan dapat memberi satu suntikan semangat di kalangan pengawas dan pemimpin pelajar bagi menjalankan tugas dengan dedikasi dan penuh rasa tangggungjawab. secara keseluruhannya kursus ini diharap dapat memberikan satu pengalaman berharga dari aspek kepimpinan dalam kalangan pemimpin sekolah untuk lebih bertenaga, bersemangat dan bermotivasi di masa hadapan.

Ahli Jawatankuasa guru

Penasihat            :  Encik Abdul Rahman bin Abdullah
Pengerusi            :  Puan Rokiah binti Hassan ( PK Kurikulum)
Naib Pengerusi 1   : Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar ( PK HEM)
Naib Pengerusi 2  : Encik Rosman bin Shamsudin ( PK Kokurikulum)
Setiausaha             :  Puan Noriah Anak Tong Seng

Unit Disiplin
  1. Norhazliza binti Mohamad
  2. Cik Nurhayati binti Hashim
  3. En Mohamed Nayan bin Mohamed
Unit Perpustakaan
  1. Pn Noor Hafiza binti Ridzuan Jabier
  2. Pn Siti Khadijah binti Abdul Aziz
  3. Pn Jauharriah binti Ahmad
  4. Pn Zaitun binti Mohd Kassim
Objektif
  • Mendedahkan para pengawas dengan pengetahuan dan pengalaman berguna kepada kehidupan mereka
  • Mengetahui konsep kepimpinan murid
  • memahami peranan dan tanggungjawab seorang pemimpin dan pengawas
  • Mengembangkan kemahiran memimpin, berfikir, bekerja dan belajar dalam kumpulan
  • Menyedarkan pengawas dengan ciri-ciri kepimpinan yang perlu dikalangan mereka.
 
 Ketua PSS 2014 : Adik Zulaiya Anak Jamin

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...