SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Wednesday 26 February 2014

PELANCARAN MINGGU PANITIA BAHASA MALAYSIA 2014

1 bahasa 1 bangsa...

 Dirasmikan dengan jayanya oleh kesemua guru pentadbir

Program Minggu Bahasa Malaysia adalah satu usaha dan inisiatif yang diambil oleh panitia Bahasa Malaysia dalam usaha untuk menimbulkan minat murid supaya dapat menguasai bahasa ini dengan lebih mantap.Justeru itu pada hari Isnin 24 Februari 2014 bertempat di dataran Perhimpunan sekitar jam 7.45-8.10 pagi berlangsung majlis pelancaran minggu panitia ini. 


Matlamat pelancaran minggu panitia ini bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik di samping memartabatkan penguasaan Bahasa Malaysia di kalangan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak ini.

Aktiviti yang dipertandingkan : 

Aktiviti
Kelas

Pertandingan memadankan huruf

Tahun 1
Pertandingan Tulisan cantik

Tahun 2
Membaca Petikan

Tahun 3
Teka Silang Kata

Tahun 4
Membaca Cerita Pendek

Tahun 5
Pertandingan Mengarang Cerita

Tahun  6


 Jawatankuasa Pelaksana :
        • Pengerusi : En. Abdul Rahman bin Abdullah ( guru Besar SKTAR)
        • Naib Pengerusi : Pn. Rokiah binti Hassan ( Pk Kurikulum)
        • Setiausaha : Pn Zaitun binti Md. Kassim
        • Naib Setiausaha : Pn Jauharriah binti Ahmad
        • Peralatan hadiah : Pn Siti Khadijah binti Abdul Aziz
        • Buku Program : Pn Noor Hafiza binti Ridzuan Jabier
        • Gimik : Pn Nor Wahira binti Ali 
        • Dokumentasi dan fotografi : Pn Hafsania binti Jamian
 
 
 Murid mengambil tempat dan bersedia untuk mendengar amanat para guru

 
Ucapan pendahuluan oleh setiausaha panitia, Puan Zaitun


 
 Perasmian ucapan oleh Encik Abdul Rahman selaku guru besar

Antara objektif adalah :
  • Meningkatkan penguasaan 2M dalam Bahasa Malaysia kepada murid-murid
  • Memupuk semangat berani dan berkeyakinan menerusi aktiviti yang dipertandingkan
  • Melahirkan generasi yang menggunakan Bahasa Malaysia dengan sebaik mungkin.

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...