SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Tuesday 14 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1435 HIJRAH ( 2014 )

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan
"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

 PROGRAM  : SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 
TARIKH : 13 JANUARI 2014 ( ISNIN)
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SKTAR
SASARAN : KESEMUA MURID ISLAM TAHUN 1-6
 
Ustazah Asfarina memimpin selawat bersama murid

 Pada hari Isnin yang lalu pada 13 Januari 2014 jam 8.00 pagi bertempat di Makmal Komputer SKTAR, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan program Sambutan Maulidul Rasul 1435 Hijriah yang mana adalah tarikh kelahiran manusia agung dan insan yang menyampaikan risalah kebenaran iaitu Nabi Muhammad SAW.

13 Januari 2014 juga mengikut kalender Islam jatuh pada 11 Rabiul Awal 1435 di mana esok hari (Selasa) Malaysia akan menyambutnya dengan rasa penuh kesyukuran. Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. 

Selain itu, Nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.

Justeru itu Panitia Pendidikan Islam SKTAR terpanggil bagi meraikannya bersama murid-murid Islam dari tahun 1-6. Ketua Panitia iaitu Ustazah Noorhayati binti Nawawi berharap kesemua murid dapat mencontohi akhlak terpuji baginda. Antara pengisian pada pagi itu adalah :
  • Sumbang saran kisah hidup Rasulullah sejak lahir hingga kewafatan
  • Mengalunkan selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW
Jawatankuasa Pelaksana :

Penasihat  :  Encik Abdul Rahman bin Abdullah ( Guru Besar SKTAR)
Pengerusi  : Puan Rokiah binti Hassan  ( PK Kurikulum)
Ketua Panitia : Ustazah Noorhayati binti Nawawi
Timbalan KP : Ustazah Asfarina binti Ghazali
Setiausaha : Ustazah Rogayah binti Abdullah
AJK : Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah. 

 
Semua murid-murid Islam bersedia mendengar syarahan


KP Ustazah Noorhayati menyampaikan ucapan pendahuluan

Majlis disempurnakan oleh Pk Kokurikulum Puan Hajjah Jashiah binti Rabu

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...