SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Tuesday 28 January 2014

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan 2014


Salam 1 Malaysia


 Ternyatalah slogan 1 Malaysia benar-benar dirasai oleh segenap rakyat tanpa mengenal lapisan bangsa,warna kulit dan ideologi. Justeru itu, Kerajaan Persekutuan telah mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan 2014 melalui penyaluran bayaran yang dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau akaun khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank. Wang tunai tersebut akan diserahkan melalui sekolah masing-masing terus ke tangan para penjaga murid.

Pada pembentangan Bajet 2014 Oktober  2013 yang lalu, Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Pusat akan meneruskan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah  tahun depan. Sebanyak RM540 juta disediakan untuk bantuan persekolahan dan baucar buku tersebut bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa dan ini adalah tahun ketiga kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut.


 Disempurnakan oleh YB Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan
ADUN Batang Kali , Selangor Darul Ehsan.

Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu Selangor juga tidak ketinggalan mengadakan program Pemberian Bantuan Awal Persekolahan ini yang telah dirasmikan serentak bersama Program Mesra Waris Tahun 6. Pada Tanggal 23 Januari 2014 (Khamis) tersebut, Y.B. Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N07 Batang Kali Selangor telah sudi meluangkan masa bersama warga dan penjaga murid di sekolah ini. 

Aturcara :

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8b5fVSs83s070yW_Aqb7AWy1E8QtOC7KVa1cTnAjwZ-aCj6BmUE-Ut-QxWZ2b7TCl8mAHq-B-2xXpg5GTbjEKBmyLiWUCJMFTMcDxWTlYOAlOq2clZG8CapNfLnhU3f_b_mLHxl7Fyt8/s1600/Photo1697.jpg
-Kehadiran Ibu bapa dan Penjaga

 
-Taklimat Bantuan Persekolah


-Penyerahan bantuan mengikut Kelas

Berita lanjut mengenai bantuan ini sila klik DI SINI.

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...