SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Tuesday 21 January 2014

PUAN HAJJAH JASHIAH BINTI RABU : KENANG KAMI DALAM DOAMU

Salam kedamaian..

Puan Jashiah binti Rabu terkenal dengan semangat kerjanya.

Berpisah itu lumrah dalam kehidupan, setiap awal pertemuan pasti disudahi dengan perpisahan. Bak kata pepatah : Patah tumbuh hilang berganti. namun apa yang pasti tunas yang berganti tidak akan sama seperti yang patah. Mungkin itulah bait-bait yang serasa tepat bagi menggambarkan SKTAR bakal kehilangan seorang guru pentadbiran yang berdedikasi bilamana  akan berpindah sekolah menjadi Guru Besar di SK Taman Keramat 1 mulai 27 Januari 2014. 

 Aktiviti wajib menganyam daun pelepah kelapa setiap kali ada event besar di SKTAR.

Sentiasa memberi tunjuk ajar berguna.

Majlis meraikan Puan Hajjah Jashiah di Sukho Thai Bukit Beruntung.

Banyak tunjuk ajar telah diberikan oleh Puan Hajjah Jashiah terutama pada guru-guru baru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak ini. Beliau juga merupakan guru paling lama berkhidmat di sekolah ini semenjak tahun 1992 lagi. Jawatan terakhir beliau adalah Guru Penolong Kanan Kokurikulum bermula tahun 2011-2013. 

banyak pencapaian membanggakan dalam bidang sukan dan kokurikulum telah dicapai oleh sekolah ini sejak dikendalikan oleh beliau. Semangat kerja berpasukan amat diterapkan oleh beliau bagi mencapai objektif kemenjadian murid khususnya dalam bidang kemahiran teknikaliti. Antara jasa beliau adalah menaikkan sukan Olahraga dan sepak Takraw kemercu yang gemilang.

Beliau juga tidak lokek memberi motivasi, mengorbankan masa, keringat dan wang demi mengharumkan nama SKTAR sebagai sekolah sukan berwatak. Diharapkan Puan Hajjah Jashiah semakin maju jaya di sekolah baharu kelak. Jangan lupakan kami di sini. Kenang Kami dalam doamu.

SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...