SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Sunday 19 April 2015

PERASMIAN SURAU AISHAH BAJUNID : 2015

Program : Perasmian Surau Aishah Bajunid
Tarikh : 18 April 2015 ( Sabtu )
Waktu : 11.00 pagi - 2.30 petang
Tempat : Surau Aishah Bajunid SKTAR
Perasmi : Datuk Syed Hussian Aljunid (P.J.N)

 Papan perasmian

Papan nama Surau Aishah Bajunid

Alhamdulillah,

Pihak SKTAR amat berbesar hati atas ketibaan Datuk Syed Hussian Aljunid bersama ahli keluarganya kira-kira seramai 20 orang. Datuk Syed Hussian telah sudi menyumbangkan sebuah surau yang boleh memuatkan kira-kira 50 jemaah dalam satu-satu masa.


Surau ini telah mula dibina pada bulan November 2014 lalu dan telah siap sepenuhnya pada 1 April 2015. Surau ini dinamakan dengan nama "Surau Aishah Bajunid " yang mengambil namanya sempena bonda Datuk Syed Hussian iaitu Allahyarhamah Puan Hajjah Siti Aishah binti Abdul Hamid Bajunid. Semoga dengan penyempurnaan surau ini dapat menambahkan lagi kebaikan buat Allahyarhamah serta kebaikan melimpah ruah buat seluruh ahli keluarga Datuk Syed Hussian Aljunid. Aamiin.


Surau Aishah Bajunid ini telah dibina di tapak lama English Hut . Pembinaan surau ini diilhamkan oleh Datuk Syed Hussian ketika lawatan kerja Western Digital pada Jun 2014 lalu. Cetusan ini juga diinspirasikan oleh mantan Guru Besar SKTAR pada waktu itu iaitu Encik Abdul Rahman bin Abdullah. Berkat kerja berpasukan maka lahirlah sebuah madrosah ibadah yang begitu indah. 


Berikut merupakan tentatif Program :

12.00 pm : Ketibaan Datuk Syed Hussian dan ahli keluarga
12.10 pm : Perasmian oleh Datuk Syed Hussian dan anaknya Cik Sharifah Aishah binti Syed Hussian
12.15 pm : Persembahan zikir selawat oleh 16 murid Islam asrama - Cahaya Selawat (Raihan)
12.20 pm : Tayangan video viti yang disediakan oleh Encik Muhd Fahmi
12.30 pm : Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Encik Abdul Rahiman bin Yusoff
12.40 pm : Ucapan oleh Cik Shahrifah Aishah binti Syed Hussian
12.50 pm : Ucapan perasmian oleh Datuk Syed Hussian Aljunid
1.00 pm : Penyerahan hadiah sumbangan pihak sekolah pada Datuk Syed
1.05 pm : Sumbangan Tuan PPD Hulu Selangor Tuan Zainal Abidin pada Surau
1.10 pm : Sumbangan sejadah oleh Datuk Syed Hussian pada Surau
1.15 pm : Sumbangan abang kepada Datuk Syed pada 16 orang murid Islam asrama
1.20 pm : Laungan azan oleh Encik Alpian bin Mohd Nor (PK Ko-ku)
1.30 pm : Solat Zuhur berjemaah dipimpin oleh Ustaz jemputan, Ustaz Yusof
1.40 pm : Bacaan Yasin dan tahlil ringkas dipimpin oleh Ustaz Yusof
2.00 pm : Makan Tengahari di Kantin SKTAR
2.30 pm : Majlis bersurai.

Majlis murni ini direalisasikan oleh semua warga kerja SKTAR termasuklah Unit Panitia Pendidikan Islam diketuai oleh Ustazah Asfarina binti Ghazali, Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah, Ustazah Rogayah binti Abdullah dan Ustaz Mohd Tajudin bin Ahmad. Panitia P. Islam juga mengucapkan jutaan terima kasih pada kesemua jawatankuasa kerja melibatkan rakan-rakan guru dan staf, murid Islam asrama dan barisan pentadbir.

 Pemasangan Signboard oleh kontraktor tersohor Hulu Selangor, Abang Shakir atau lebih dikenali sebagai abang cat. Cantik kan :)

  AJK pamplet diketuai Cikgu Nayan dibantu oleh guru-guru lain

 Gemilang SKTAR ku..

Dekorasi surau yang telah disiapkan .Hanya menanti perasmi
                      


Wajah-wajah ceria

SKTAR sentiasa dihati kami

Gaya spontan warga SKTAR

Ketibaan ahli keluarga Datuk dan jemputan

Disempurnakan oleh Datuk Syed Hussian dan anaknya Cik Sharifah Aishah

Datuk Syed Hussian dan jemputan VIP bergambar bersama


 Jemputan menandatangani buku pelawat diketuai Datuk Syed Hussian, Tuan Zainal Abidin (Pegawai PPD Hulu Selangor) dan Encik Rahman ( Guru Besar Gesir Tengah ) sambil disaksikan oleh Guru Besar SKTAR Encik Rahiman.



 
 Persembahan nasyid dipimpin oleh panitia Pendidikan Islam . Dilantunkan oleh kesemua murid Islam asrama SKTAR dari tahun 1 - 6.


Ucapan perasmian oleh Datuk Syed Hussian dan ahli keluarga.

Sumbangan ahli keluarga terdekat Datuk Syed pada murid Islam 
yang membuat persembahan nasyid.

Sumbangan sejadah, bahan pencuci dari pihak Datuk kepada Guru Besar.

Bacaan yasin dipimpin oleh penceramah jemputan Ustaz Yusof.

ilahadrotannabiyyi SAW...alfatihah


 Yaasssiiin... semoga beroleh kebaikan buat
Allahyarhamah Hajjah Aishah binti Abdul Hamid Bajunid.



  Aaamiin..



Nasi Beriyani di Kantin SKTAR.



 Alhamdulillah....


Semoga apa yang dikerjakan hari ini akan mendapat kebaikan buat kita semua. Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih pada ahli keluarga Datuk Syed Hussian Aljunid termasuk Tuan Syed Zul, Tuan Syed Abdullah, Puan Anita dan seluruh ahli kaum kerabat Datuk Syed Hussian.

Jazakallahu hoiron kasiiro.

SKTAR PINTAR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...