SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Wednesday 15 April 2015

Outreach Peringkat Sekolah 2015


Aktiviti : Outrach Peringkat Sekolah Tahun 2015
Tarikh : 15 April 2015 ( Rabu )
Anjuran : Unit Kurikulum, Unit HEM & JAKOA Hulu Selangor
Penyelaras : 
Puan Hafsania binti Jamian ( GPML )
Encik Saifullizan bin Sallehuddin ( HEM )
Cik Nor Ida Mardiah (warden asrama),
 En. Mohd Hafiz b.Mat Samsuri (Jakoa)


Pada 15 April 2015, satu lawatan ke kg orang asli telah dilaksanakan sebagai langkah awal Program Outreach Daerah Hulu Selangor yg akan diadakan pada 7 Mei 2015 kelak.  Pra Outreach peringkat sekolah 2015 adalah 'one step forward' yg dilakukan oleh unit linus sekolah untuk berjumpa ibu bapa / penjaga murid2 linus konstruk 1 dan konstruk 2 yang perlu di bawa menjalani Pengawai Perubatan. 


Pra Outreach Peringkat Sekolah juga bertujuan untuk menerangkan prosedur pemeriksaan perubatan, mendapatkan kebenaran atau tidak membenarkan serta mengumpul dokumen berkaitan program outreach ini.Pada tahun ini seramai 3 org murid yg tidak menguasai K1 dan K2 berbanding seramai 13 orang tahun 2014.


Aktiviti pra outreach ini dilakukan saban tahun dan kali ini bekerja sama dengan Unit HEM serta JAKOA Daerah Hulu Selangor. Lawatan ke kampung2 orang asli disertai oleh Pn.Hafsania binti Jamian ( GPML), En.Saifullizan bin Sallehuddin(HEM), Cik Nor Ida Mardiah (warden asrama), En. Mohd Hafiz b.Mat Samsuri (Jakoa) juga bertujuan untuk menjejaki murid2 yg tidak hadir ke sekolah

 





.Kampung asli yang terlibat adalah kg.orang asli kerling, kg orang asli hulu tamu, kg orang asli songkok, kg orang asli buloh telur, kg orang asli pertak dan kg orang asli gerachi.

SKTAR PINTAR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...