SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Friday 9 May 2014

MINGGU PANITIA SAINS 2014

 Program : Minggu Panitia Sains
Tarikh : 9 - 19 Mei 2014
Tempat : Tapak perhimpunan
Penyelaras : 
Pn Siti Khadijah binti Abdul Aziz ( Ketua Panitia) & 
Pn Norhazliza binti Mohamed (Setiausaha panitia)

 
 Pelancaran oleh Guru Besar  sambil disaksikan guru-guru Sains SKTAR

Program Minggu Panitia Sains ini adalah suatu program yang sangat penting untuk dilaksanakan. Selaras dengan objektif panitia Sains iaitu untuk menimbulkan minat murid dalam subjek Sains. Program yang dijalankan juga di susun mengikut kesesuaian sukatan pelajaran.


Objektif program bagi memupuk sikap berani melalui aktiviti dan pertandingan yang diadakan. Melahirkan rasa seronok dan minat terhadap mata pelajaran Sains. Supaya murid dapat mengaplikasikan pelajaran Sains dalam kehidupan seharian. dapat mewujudkan semangat kerjasama di antara murid-murid.


Oleh itu suasana pengajaran perlulah menjadi lebih kondusif untuk menjamin peningkatan pencapaian akademik dan Kokurikulum murid-murid agar sentiasa terjamin. Kerasionalan program ini bagi menggalakkan murid-murid ke arah perubahan kendiri. Di harap minggu panitia Sains ini dapat meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik sekolah.

Antara barisan guru yang hadir

 
 Murid mendengar kata aluan dari Guru Besar

 Maka dengan ini rasmilah sudah...


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...