SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Thursday 15 May 2014

Majlis Sepetang Bersama Ketua Setiausaha KPM 2014

Salam pencetus kreativiti...

Tarikh : 15 Mei 2014 (Khamis)
Masa : 4.00 petang - 6.30 petang
Tempat : Bilik Mawar, PWTC 41, 
Jalan Tun Ismail, 
50480 Kuala Lumpur.

Wakil guru SKTAR :
- Encik Mohd Yusmawi bin Zainal
-Encik Abdul Aziz bin Abdullah.

KSU Ybhg Datuk Dr Madinah bersama salah seorang wakil guru SKTAR, Ustaz Aziz (Batik merah) berbual bicara mengenai P&P

Pada petang Khamis baru -baru ini, Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak telah menerima jemputan dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menghadiri Majlis Sepetang bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia , Ybhg Datuk Dr. Madinah binti Mohamad. Majlis ini dihadiri oleh para pegawai KPM, JPN, guru-guru dari pelbagai latar sekolah seperti sekolah bandar, luar bandar, asli, pedalaman 1-3, sekolah dalam hospital, integrasi, dan sekolah  panel .


SKTAR telah diwakili oleh 2 orang gurunya iaitu Encik  Yusmawi dan Ustaz Aziz. Mereka berkesempatan untuk duduk semeja bersama Ketua Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Ybhg Datuk Haji Ahmad Tarmizi bin Kamarudin. Banyak perkara yang dibincangkan bersama seperti pengalaman mengajar dan kaedah pengajaran berkesan.

 Tentatif program :

-4.00 petang :
 Ketibaan peserta. 

-5.00 petang : 
Ketibaan KSU KPM
Bacaan doa
-Ucapan KSU
-Jamuan Hi- tea dengan iringan Persembahan kugiran  murid cacat penglihatan.
-penyampaian cenderamata kepada KSU dan KPPM

-6.30 petang :
Majlis  bersurai.


Majlis tersebut selesai sekitar lewat jam 6.00 petang.Ada motivasi kata-kata semangat  yang disampaikan secara peribadi pada 2 orang guru SKTAR yang sempat berbual semeja dengan KSU Ybhg Datuk Dr. Madinah binti Mohamad.

 Semeja bersama Ketua Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Ybhg Datuk Haji Tarmizi bin Kamarudin. Seorang yang friendly dan ramah berbual.

 
 Menghimpunkan pelbagai latar belakang guru dari pelbagai sekolah di Malaysia.


Sempat bergambar bersama KSU Datuk Dr Madinah binti Mohamad.


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...