SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Monday 21 May 2012

Sambutan Hari Guru 2012

 Salam..

Pada 16 Mei 2012 ( Rabu) berlangsung sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Perutusan telah dibaca oleh PK Pentadbiran Puan Rokiah binti Hassan di dataran Kejat. Seramai 16 orang guru telah berkumpul untuk meraikan hari tersebut. Sambutan ini dipengecarakan oleh encik Muhammad fahmie bin Kamil Hadi selaku Teknisyen sekolah.  Alhamdulillah majlis brjalan lancar dan meriah berkat kerjasama semua jawatankuasa bersama oleh guru dan staff.

Ikrar  kami guru Malaysia.

 Banyak guru-guru dapat hadiah tahun ni terutama cawan,mug,gelas dan pinggan.

 Persembahan murid tahun 3 

 Pertandingan Siapa Cantik ? 

Cabutan hamper di dataran kantin

Sambutan diteruskan waktu malam di Grill and stimbot Kalumpang.

Cabutan tukar hadiah,hamper dan undian 10 guru mithali hasil undian murid-murid SKTAR turut dijalankan di kantin SKTAR.Tokoh guru SKTAR bagi tahun 2012 disandang oleh cikgu Norhazliza binti Mohammad hasil undian tertinggi murid-murid Tahun 3,4,5 dan 6. Sambutan yang bermula sekitar jam 8.00 pagi tersebut berakhir pada jam 12.55 Tengahari. Admin ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU 2012! :) 

Untuk lebih gambar sila klik halaman FB sekolah di sini ---> GAMBAR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...