SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Friday 4 May 2012

Murid Beruniform Terbaik SKTAR 2012

Salam..

Seperti rutin biasa setiap hari Rabu, Kesemua murid Tahun 3,4,5 dan 6 diwajibkan untuk memakai baju unit beruniform TKRS. Unit TKRS merupakan unit beruniform tunggal di sekolah ini. Di kalangan murid seramai 124 orang murid ini, GPK Ko-Kurikulum Pn Jashiah memberi pujian dan tepukan gemuruh pada kesemua murid pada perhimpunan pagi ini ( Rabu 2 Mei 2012 jam 7.30-7.44 pagi).

Contoh murid yang berdisiplin dalam tatacara berpakaian Unit Beruniform.

Murid yang dimaksudkan tersebut adalah adik Malissa A/P Ayang. Beliau merupakan murid Tahun 3. Pihak SKTAR juga kagum dengan keprihatinan penjaga murid ini yang menginginkan anak mereka mendapat latihan beruniform terbaik terutama dari segi pemakaian rasmi TKRS.




Alhamdulillah semakin ramai murid yang membeli sendiri pakain TKRS untuk dipakai setiap hari Rabu.

Lain-lain berita akan disampaikan sekiranya terdapat kelapangan waktu oleh pihak admin. InsyaAllah. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...