SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Friday 2 October 2015

Tahniah SKTAR. Asrama Selangor Terbaik 2015

Pencapaian : Anugerah Asrama Terbilang Kebangsaan Tahun 2015
Tempat : Taiping Golf Resort Perak
Tarikh : 2 Oktober 2015 (Jumaat )
Anjuran : kementerian Pendidikan Malaysia
Pencapaian : Kategori Sekolah Berasrama Bagi Sekolah orang Asli Terbaik

Sekalung tahniah diucapkan pada semua warga kerja SKTAR.





Anugerah Sri Asrama Terbilang atau nama ringkasnya ASAT merupakan program induk Unit Asrama Harian, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha merealisasikan peranan dan fungsi asrama sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serentak memertabatkan asrama harian seluruh negara.

ASAT memberi penilaian kepada program dan aktiviti asrama yang berfokuskan kepada pengurusan dan pentadbiran asrama, pengurusan fizikal,pengurusan dan pelaksanaan aktiviti dan kecerian asrama.

Komponen utama dalam ASAT merangkumi;

1. Pertandingan Asrama Terbilang
2. Tokoh Kepimpinan Murid Asrama
3. Karnival Kokurikulum Asrama
4. Anugerah Kecemerlangan

MATLAMAT

Memperkasa asrama harian sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang kondusif melalui program dan aktiviti yang terancang.

OBJEKTIF
  1. Memberi pengiktirafan kepada asrama terbilang.
  2. Meningkatkan lagi semangat persaingan dan menggalakkan kreativiti serta inovasi warga asrama dalam usaha melahirkan sebuah asrama terbilang.
  3. Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada warga asrama yang berjaya.
  4. Memperkasa integrasi nasional menerusi program dan aktiviti asrama.
  5. Membina modal insan selaras dengan Konsep 1Malaysia.


SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...