SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Thursday 5 March 2015

Jelajah Moh Ke Sekolah Asyik FM, Selangor FM, DBP dan JAKOA 2015

Aktiviti : Program Jelajah Moh Ke Sekolah Asyik FM 2015
Tarikh : 4 Mac 2015 ( Rabu )
Waktu : 7.40 pagi - 5.00 petang
tempat : Kawasan sekolah & Asrama SKTAR
Perasmi : YB Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan ( ADUN Batang Kali Hulu Selangor )




Salam perpaduan..


Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak sangat beruntung kerana telah dipilih oleh Radio dan Televisyen Malaysia ( RTM ) untuk turut serta dalam Program "Jelajah Moh Ke Sekolah" anjuran Radio Asyik/Selangor FM, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan JAKOA Selangor. program yang telah direncanakan sejak bulan Januari lalu telah menjadi kenyataan.


 Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh pihak penganjur dan direalisasikan oleh SKTAR dengan menggabungkan kesepaduan dan kerjasama antara pasukan. Program ini juga turut dihadiri oleh barisan penyampai Radio Selangor FM dan Asyik FM. Khabarnya berita program ini telah dikumandangkan dalam Radio Asyik FM frekuensi Lembah Klang 91.1FM.


Penyelaras program ini adalah Puan Zaitun binti Md Kassim dan dibantu oleh rakan-rakan sejawat dalam jawantankuasa pelaksana kali ini. Terima kasih tidak terhingga diucapkan pada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.



Berikut merupakan aturcara majlis :

SESI PAGI 

8.00 - 9.00 pagi              : ketibaan tetamu dan sarapan pagi
9.00 - 10.30 pagi            : Sukaneka Tahap 2
                                            - isi air dalam botol
                                            - lari junjung pundi kacang
                                            - Lari lompat tali
                                            - Golek tayar
                                            - Pertandingan Tahap 1
                                            -Pertandingan mewarna Tahap 1 ( Kelas Tahun 1 )
                                            - Pertandingan susun kad kata tahun 2 ( Kelas Tahun 6 )
                                            -Pertandingan mengeja dengan betul Tahun 3 ( Kelas Tahun 5 )
           (Pertandingan sukaneka Tahap 2 dialankan serentak dengan pertandingan Tahap 1 )
10.30 - 11.00 pagi           : rehat dan makan
11.00 - 11.45 pagi            : Pertandingan bercerita ( Dewan )

SESI TENGAHARI 

11.45 pagi - 12.45 tengahari : 
            - Ketibaan YB Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan ADUN Batang Kali, Hulu Selangor
            - Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
            - Ucapan pihak penganjur iaitu Puan Marina binti Uda Nagu
            - ucapan Guru Besar SKTAR Encik Abdul Rahiman bin Yusof
            -Ucapan Perasmian oleh YB Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan ( ADUN Batang Kali )
            - Pelancaran gimik perasmian
            -Persembahan tarian joget
            - Penyampaian hadiah
12.45 - 2.30 petang              : Rehat, makan tengahari dan solat Zuhur

 SESI PETANG

2.30 - 3.30 petang          : Program Motivasi Tahun 4,5 & 6 oleh Ikon Asli Asyik FM
3.30 - 4.00 petang : 
                      -Pertandingan Dam Bahasa untuk murid Tahap 2 ( Dataran Perhimpunan )
                      - sukaneka dewasa ( Dataran Perhimpunan ) : - Lari ikat kaki & Hulalhop
4.00 - 4.30 petang : 
                     -persembahan IKON Kanak-kanak SKTAR
                     -Unplugged ( Gitaris oleh guru Besar dan Artis Asyik FM )
                     - Penyampaian hadiah
                     - Minum petang dan bersurai

Setinggi-tinggi penghargaan kepada :

YB Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan ( ADUN Batang Kali )

Dr.Shafiq Alfonse bin Abdullah ( Pengarah Penyiaran Selangor FM )

 Puan Mariama binti Uda Nagu ( Pengurus Asyik FM )

Datuk Abang Sallehuddin bin Abang Shokeran  ( Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP )

Encik Mohd Hafis bin Omar ( Pegawai JAKOA Hulu Selangor )

Tuan Zainal Abidin bin Mohd Yusof ( Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor )

Encik Abdul Rahiman bin Yusof ( Guru Besar SKTAR )

Batin Asu bin Dolah ( Tok Batin Kg Tun Abdul Razak KKB )

Guru-guru dan staf sokongan SKTAR


 Permainan Dam Bahasa

 DJ turun padang

 Sukaneka Tahap 2 di Futsal

 Minum pagi dulu

 Langkah kejayaan

 Kandid

 Moh Ke Sekolah






























SKTAR PINTAR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...