SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Saturday 6 September 2014

Jalinan Kasih @ KFC UPSR 2014

Program : Jalinan Kasih @ KFC UPSR 2014
Tarikh : 5 September 2014
Hari : Jumaat
Waktu : 11.00 -11.50 pagi
Tempat : Kantin SKTAR
Sasaran : kesemua murid Tahun 6 2014

Mendengar amanat guru besar SKTAR

Salam..

Menjelang beberapa hari lagi menanti Peperiksaan UPSR 2014 pada 9 -11 September 2014 ini, kesatuan guru-guru tahun 6 SKTAR telah menjalankan program Jalinan Kasih KFC melibatkan seramai 28 murid calon UPSR Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak pada tahun ini. Kesemua murid dihidangkan 1 snack plate bagi menghargai kesungguhan mereka dan konsisten hadir ke sekolah sejak 5 tahun 8 bulan yang lalu ( Intake Tahun 1 2009).

 Inilah calon-calon UPSR 2014 yang konsisten.

Hero-hero 2014 yang akan dirindui guru-guru selepas ini.

Harapan besar Encik Rahman pada murid tahun ini.

Majlis Jalinan Kasih ini telah disempurnakan oleh Guru Besar Encik Abdul Rahman bin Abdullah dengan menyampaikan amanat dan doa bagi kesemua calon anak bangsa asli Temuan ini menghadapi peperiksaan dengan tenang. Majlis ini juga turut dihadiri 3 barisan Penolong kanan dan guru-guru tahun 6 UPSR 2014. 

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...