SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Friday 20 June 2014

SELAMAT DATANG SYARIKAT WESTERN DIGITAL


Program : Penyerahan Komputer daripada Western Digital Malaysia
Hari : Jumaat
Tarikh : 20 Jun 2014
Waktu : 10.00 am - 5.00 pm
Tempat : Makmal Komputer

Salam 1 Malaysia..

Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak pada bulan Jun 2014 ini sungguh gembira atas kesudian pihak Western Digital yang merupakan sebuah syarikat terbesar yang mengeluarkan komputer Hard Disk Drive di dunia. Kami begitu berbangga atas kesudian pihak syarikat Western Digital ini menyerahkan sebanyak 12 unit komputer. Komputer yang disumbangkan oleh Western Digital ini sangat membantu para murid-murid orang asli di sekolah ini.





Atas desakan kemajuan teknologi masa kini, SKTAR turut menumpukan pada pengajaran dan pembelajaran berteraskan gajet semasa, dengan 12 unit komputer ini diharap kesemua murid dan guru dapat memanfaatkan sumbangan ini dengan sebaiknya. Terima kasih tidak terhingga  sekali lagi diucapkan pada pihak Western Digital.



Keprihatinan tuan-tuan dalam menyediakan modal insan berilmu dalam sosial masyarakat di negara ini seharusnya diberi pujian yang jitu. 

Berikut merupakan tentatif program sepanjang pembaharuan makmal komputer SKTAR :

3 April 2014 : Guru Besar SKTAR Encik Abdul Rahman  menjadikan Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak sebagai  tuan rumah  berkumpulnya ahli mesyuarat Majlis Guru-guru Besar Sekolah Asli Negeri Selangor. 

Antara hasil keputusan mesyuarat tersebut , kerjasama pihak swasta bagi membantu sekolah.
 

berita lanjut klik DI SINI.


-----------


24 Jun 2014 : Kehadiran para pegawai Western Digital ke Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak. Terima kasih atas kesudian Pn Wan Zailena binti Noordin, Puan Mazlina binti Ghazali, Encik Dzul dan Encik Ahmad Hussein.

Lawatan mereka ini telah melihat lokasi bilik makmal komputer dan bilik belajar Asrama SKTAR.


-------------

4-6 Jun 2014 : Peruntukan kewangan RM400 telah diterima dari Western Digital bagi menghias bilik makmal komputer dengan cat dinding yang baharu. 

Gotong-royong mengecat ini dikendalikan oleh Juruteknik Komputer Encik Muhammad Fahmi, PPM Asrama Encik Said Sobrie , Pengawal Keselamatan Encik Iskandar dan turut dibantu oleh Guru Besar sendiri , Encik Abdul Rahman bin Abdullah.




--------------

16 Jun 2014 : Terima kasih Western Digital. Komputer sebanyak 12 unit telah selamat sampai. Kesemua warga SKTAR begitu teruja dengan sumbangan bermakna ini.






------------------

19 Jun 2014 : Taklimat melibatkan kesemua warga kerja SKTAR yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Abdul Rahman bin Abdullah. Kesemua AJK ambil perhatian menyeluruh bagi menyambut kehadiran Western Digital pada esok harinya.



-----------------

 20 Jun 2014 : Majlis Penyerahan Rasmi Komputer daripada Western Digital Malaysia ke SK Tun Abdul Razak.


Kami mengharapkan agar pihak Western Digital terus menjadikan Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak sebagai " sekolah angkat " . 

Jasamu kami kenang. Terima kasih tidak terhingga.


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...