SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Saturday 25 February 2012

Majlis Perpisahan Guru

" Patah Tumbuh Hilang Berganti "

Begitulah perumpamaan peribahasa yang sering kita dengari bila setiap yang pergi pasti ada penggantinya. Setelah selesai Mesyuarat Agung PIBG pada tengahari tadi yang membawa 20 warga SKTAR ke restoran di KKB untuk menjamu selera pada pukul 1.30-2.30pm. Jamuan tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Kelab Guru.

Jamuan ini bagi memaklumkan perpindahan terdahulu pada bulan Disember 2011 melibatkan Pn. Julie Suriani, Pn. Rosnani dan Pn. Zety Hafiza. Hanya Pn. Julie Suriani sahaja yang dapat menghadirkan diri dalam "Majlis Perpisahan Guru" pada petang itu. Manakala pula Pn. Rosnani dan Pn. Zety Hafiza tidak dapat hadir atas sebab urusan tertentu. Oleh itu, Pn. Julie Suriani pula yang telah mewakili bagi pihak mereka. 

Selain itu, perpindahan pada bulan Februari ini melibatkan Guru Besar SKTAR, En Zulhisham B. Nasir yang bakal berpindahke SK Antara Gapi bermula 1 Mac 2012 ini. Manakala, Pn. Noor Hafiza Bt. Abd Raub akan berpindah ke PKG Kalumpang. Manakala suami beliau iaitu Ustaz Roslan B. Maydin dikhabarkan akan bertukar ke PKG Kuala Kubu Bharu bermula bulan April ini sekiranya surat diterima.


Guru-guru sedang menanti hidangan yang akan disajikan kepada mereka.

Sebilangan guru wanita berkesempatan untuk bergambar sebelum menjamu selera.

Barisan GPK Ko-kurikulum & HEM serta Guru Besar, En. Zulhisham Nasir.

Bekas guru SK Tun Abdul Razak yang berkaliber iaitu Pn. Julie Suriani memberikan sedikit ucapan bagi memeriahkan lagi Majlis Perpisahan Guru ini.

Seterusnya Guru Besar SKTAR, En. Zulhisham memberi kata-kata amanat & ucapan yang bermakna sempena Majlis Perpisahan Guru SKTAR.

Pn. Julie Suriani menerima cenderamata dari pihak SKTAR yg diberikan oleh GB En. Zulhisham Nasir. Terima kasih Pn. Julie Suriani.

Seterusnya cenderamata disampaikan oleh GB En. Zulhisham Nasir kepada seorang guru yang akan bertukar ke PKG Kuala Kubu Bharu iaitu Ustaz Roslan Maydin.

Yang terakhir ialah Pn. Rokiah Hassan (GPK Pentadbiran) menyampaikam cenderamata yang bermakna buat GB En. Zulhisham Nasir buat kali terakhir beliau memegang jawatan Guru Besar di SK Tun Abdul Razak. Beliau juga akan berpindah ke sekolah yang lain untuk menjadi GB disana iaitu di SK Antara Gapi.


2 comments:

  1. tulis la ayat2 sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tumbuh xkan sama dengan yang patah
      yang ganti tidak xkan sama dengan yang hilang

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...