Ahad, 11 November 2012

Family Day SKTAR 2012

 Salam..


Benarlah pepatah mengatakan.. Semuanya bermula dari Keluarga.

Justeru itu Kelab Guru dengan dibantu oleh semua warga kerja SKTAR telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga untuk Tahun 2012 pada Sabtu (10 November 2012) . Tarikh yang sangat cantik 10-11-12. Tempat kali ini di Super Bowl Bukit Beruntung Golf Resort, Hulu Selangor. Aktiviti yang telah dirancang oleh KG SKTAR ini sungguh bermakna apabila berjaya memperkukuhkan lagi Insititusi sesama warga kerja di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu Selangor.


Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

  • Jamuan minum pagi dan makan tengahari
  • Cabutan bertuah
  • Pertukaran hadiah
  • Pertandingan bowling anak-anak ahli
  • Pertandingan bowling warga kerja SKTAR.

Ucapan dari pengerusi Puan Jauharriah binti Ahmad

Bacaan doa dari Ustaz Aziz

 Ucapan Perasmi dari Guru Besar Encik Abdul Rahman bin Abdullah

 Kenangan abadi Warga SKTAR 2012

 Kak Jash bersama anak daranya

 Turut diraikan seluruh ahli keluarga staf

 Tengah khusyuk main boling tu.

 Isteri Cikgu Rahman trngah tengok skrin mata kat atas board

Aik..mana pin-pin bolingnya..hihihi 


Semakin utuhlah ikatan ukhwah sesama kita. Aamiin. 

Jumaat, 9 November 2012

HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN 2012

Salam..

Hari ni merupakan hari terakhir sessi persekolahan bagi Tahun 2012. Pelbagai situasi,emosi dan perasaan yang bercampur baur. Apa yang berlaku pada hari ini ( Jumaat 9 November 2012).. jom imbas :
  • MAJLIS PERPISAHAN CIKGU NOR HUDA BINTI TUMI'AN

 
- Majlis diadakan di dewan SKTAR di mana kesemua murid berhimpun bagi mendengar amanat terakhir oleh beliau yang dapat berpindah ke SK Rasa bermula 2013. Terima kasih atas sumbangan beliau terutama dalam Unit PSS Sekolah.

-Majlis penuh emosi itu turut melibatkan ucapan dari Pengerusi Kelab Guru Puan Siti Khadijah, ucapan Guru Besar dan ucapan oleh beliau.


-Turut diraikan menerima hadiah dari kelab Guru dan beberapa warga sekolah.
  • JAMUAN PORT LUCK AKHIR TAHUN 2012          
 
 -Jamuan yang diuruskan oleh Kelab Guru SKTAR itu dimeriahkan di Pusat Sumber Sekolah dimana hampir kesemua guru dan warga sekolah membawa pelbagai hidangan juadah untuk dinikmati bersama.


- Puan Nor Huda juga memotong kek bersempena Majlis Perpisahan beliau. Beliau juga menyampaian cenderahati pada Pihak sekolah dan semua warga guru SKTAR.

  • MENGEMAS DEWAN   
 

-Pada hari Rabu yang lalu 7 November 2012 Dewan yang merupakan kelas tahun 4,5, dan 6 telah dijadikan dewan sementara untuk Program Hari Anugerah Kecemerlangan 2012 yang diadakan pada hari semalam (Khamis 8 november 2012).

-Kesemua murid Tahun 4,5 dan 6 uturtu membantu guru mengemas kembali kelas masing-masing dan menyediakan simpanan buku untuk SPBT bagi kegunaan 2013.

  • PERPISAHAN TAHUN 6
 

- Kesemua murid Tahun 6 berkumpul di bilik guru dan bersalaman dengan semua guru

-Cikgu Jauharriah juga menyampaikan taklimat surat Tawaran ke sekolah Menengah Tahun 2013.

-Beliau juga menyeru kesemua murid hadir ke sekolah pada 19 november 2012 bagi mengambil keputusan UPSR di sekolah.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Hari Anugerah Kecemerlangan 2012.

Salam..

Bulan November kunjung tiba lagi..bermakna Hari Anugerah Kecemerlangan Peringkat Sekolah harus dijalankan. SKTAR tidak ketinggalan mengadakan Sambutan tersebut pada 8 November 2012 ( Khamis) bertempat di Dewan tertutup SKTAR. Berkat kerjasama oleh semua guru dan warga sekolah telah berjaya mencapai objektif majlis.

Alhamdulillah, sambutan kehadiran ibu bapa sangat menggalakkan hampir 150 orang hadir. Pihak sekolah dan PIBG berganding bahu menyediakan bajet dan cabutan bertuah buat waris murid-murid dan ahli keluarga mereka. Sejak Selasa (6 November  2012) semua warga SKTAR dah tak menang tangan menyiapkan pelbagai aturcara,persiapan dan hingga  sekecil-kecil perkara sambil dibantu oleh murid-murid tahun 6.

Jom soroti beberapa foto abadi buat tatapan kita semua :


 Staf dan guru lelaki memasang Kain rentang Majlis di hadapan sekolah.

 Banner di dalam dewan  

 Ibu bapa mula mendaftar diri. Tak menang bahagian pendaftaran tu..hihihi

 Sedondon semua guru pada hari itu,temanya batik Merah,hitam dan putih.

 Jemputan mengambil tempat

 Bahagian P.A sistem Encik Fahmi dibantu oleh Guru Besar  Encik Abdul Rahman

 Tak cukup tempat duduk

 Kat sini pun sama

 Dirasmikan oleh Batin Asu bin Dollah Batin OA Kampung Tun Razak

 Persembahan nasyid dari Murid Islam tahun 3-6

 Jamuan guru diadakan di Tahun 1

 Meriahnya dewan

 Cabutan bertuah dijalankan.

 Guru Besar menyampaikan hadiah pada adik Malissa tahun 3 

 Wakil Bursa Malaysia diiringi Puan Rosidah menyampikan 4 buah basikal untuk kehadiran terbaik.

 Adik Haziman menerima hadiah dari Puan Jashiah. Harapan penutup 5A Tahun 2015.InsyaAllah.

 Persembahan English Wash Your Hand dari murid-murid Tahun 2


Tokoh Kokurikulum (Perempuan) :
-Adik Safira  binti Burat
-Mewakili Selangor dalam pelbagai acara Olahraga.
-Pencapaian kebangsaan Terbaik : Naib Johan 100 Meter di Terengganu.

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tokoh Kokurikulum (Lelaki) :
-Adik Halim bin Ajemi
-Mewakili Selangor dalam pelbagai acara Olahraga dan Sepak Takraw.
-Pencapain kebangsaan Terbaik : Kapten Regu C Takraw Selangor di Terengganu.

 --------------------------------------------------------------------------------------------------

Tokoh Sahsiah :
-Adik Firdaus Mohamad Nor bin Rusdi Anuar
-Mewakili Sekolah dalam pelbagai taklimat,bengkel dan kursus kepimpinan murid.
-Pencapain dalam kepimpinan,sukan dan akademik yang membanggakan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Tokoh Akademik :
-Adik Rozita binti Abu Bakar
-Guru-guru meletakkan harapan tinggi pada beliau sebagai harapan target UPSR terbaik 2012.
-Cemerlang dalam peperiksaan, aktiviti akademik dan motivasi diri.

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada petang hari yang sama berlangsung Program kecemerlangan Peringkat Asrama 2012. Jemputan terdiri dari semua warga kerja sekolah dan murid-murid asrama. Tahniah pada unit asrama di bawah seliaan Puan Rosidah PK HEM dan semua PPM sekolah. 
  TERIMA KASIH PADA SEMUA WARGA SEKOLAH YANG TERLIBAT DALAM MAJLIS SAMBUTAN HARI ANUGERAH SKTAR TAHUN 2012.

Isnin, 5 November 2012

Mesyuarat Guru Terakhir 2012

 Salam..

Pada 5 November 2012 (Isnin) berlangsung mesyuarat guru kali terakhir untuk 2012 di Makmal Komputer. Mesyuarat bermula jam 2.45 hingga 5.00 petang itu membincangkan post mortem untuk tahun ini. Alhamdulillah mesyuarat yang berlangsung dalam cuaca sejuk hujan lebat di luar tidak menghalang agenda mesyuarat diteruskan.

Antara agenda mesyuarat terakhir ini ialah :

  1. Ucapan aluan dari Guru Besar Encik Abdul Rahman bin Abdullah
  2. Taklimat Unit Kurikulum
  3. Taklimat Unit HEM
  4. Taklimat Unit Kokurikulum
  5. Taklimat Kelab Guru
  6. Hal-hal lain.

 Antara guru yang hadir 

 Dipengerusikan oleh Guru Besar 

 Sedang tekun membincagkan hala tuju sekolah 2012.

Ucapan perpisahan dari puan Nor Huda binti Tumi'an yang akan berpindah ke SK Rasa pada 2013. 


Jumaat, 2 November 2012

Jamuan Tahun 6 2012

 Salam..

Persekolahan sessi 2012 hampir ke hujungnya, Justeru itu Penyelaras kelas tahun 6 Puan Jauharriah binti Ahmad dibantu oleh semua murid-murid tahun 6 telah menyediakan jamuan akhir tahun bertempat di kelas tahun 4. Kesemua warga kerja SKTAR telah dijemput di mana edaran kad jemputan diserahkan oleh murid-murid tahun 6 sendiri. Pelbagai hidangan dan makanan disediakan oleh mereka.


 Majlis yang sempurna. Tahniah

 Ustaz Aziz bergambar kenangan bersama murid-mrid perempuan tahun 6

 Meja untuk warga kerja SKTAR. Di papan putih terdapat pelbagai tandatangan dari semua murid tahun 6.

 Cikgu Jauharriah bersama adik Safira olahragawati SKTAR 2012.

 Adik Lina bt Abai selaku Ketua kelas menyampaikan ucapan sebagia wakil kelas. 

Guru Besar menyampaikan cenderahati pada semua murid tahun 6


Tahniah atas kejayaan majlis kalian. :) . Semoga kalian akan lebih berjaya di sekolah menengah di tahun hadapan.

Khamis, 1 November 2012

Hari Kanak-kanak 2012

 Kanak-kanak Pewarsi Generasi Negara...

 Pada 31 Oktober 2012 ( Rabu) telah berlangsung sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat SKTAR 2012. Perasmian sambutan oleh Encik Abdul Rahman bin Abdullah  selaku Guru Besar. Kehadiran murid pada hari in seramai 200 orang. Antara rekod kehadiran teramai untuk tahun ini. Semua murid sangat gembira atas sambutan bagi meraikan mereka sebagai aset dan pewaris generasi mendatang. 

Pihak sekolah telah menyediakan beberapa aktiviti hiburan sesuai untuk murid-murid sepanjang waktu jam 8.00 pagi - 12.30 Tengahari. Antara aktiviti yang dijalankan seperti :


  • Sukan Tradisional
  • Takraw
  • Futsal
  • Sukaneka
  • Persembahan murid-murid seperti Sajak, lagu, dan koir.
  • Penyampaian hadiah

 Dirasmikan oleh GB

 guru turut menyanyikan lagu "We Are The World"

 Acara Futsal di Padang Tun Abdul Razak KKB 


 Bersedia untuk sambutan hari mereka

 Acara Sepaktakraw turut dipertandingkan

 Berkumpul di Kantin untuk persembahan murid

 Nyanyian dari tahun 2 berupa lagu PnP in English

Penyampaian hadiah. 


Terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan Hari kanak-kanak 2012.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...