SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Thursday, 26 September 2013

Lawatan WWF ke SKTAR 2013


Salam kedamaian..

SKTAR menerima kunjungan dari pihak NGO Tabung Alam Sekitar atau lebih dikenali sebagai WWF pada 26 September 2013. Kesemua murid sangat seronok dengan lawatan ilmiah WWF yang menenrangkan peri pentingnya kita semua menjaga alam semulajadi ini dari kerosakan. Tayangan video dilakukan di pusat Sumber Sekolah. 





__________

Sumber wikipedia

Tabung Alam Sedunia (The World Wide Fund for Nature, WWF) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang bertujuan memupuk pemeliharaan, kajian dan pemuliharaan alam semulajadi, dulunya dinamakan Tabung Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Fund), yang kekal sebagai nama rasminya di Amerika Syarikat dan Kanada.


Pertubuhan ini menyatakan misi "untuk menghentikan dan memulihkan kemusnahan alam sekitar semulajadi kita".[1] Kini, kebanyakan kerjanya bertumpu kepada pemeliharaan tiga biome yang mengandungi kebanyakan besar biokepelbagaian: hutan, ekosistem air tawar, dan lautan dan pantai. Antara isu-isu lain, WWF juga prihatin terhadap spesis hampir pupus, pencemaran dan perubahan iklim. Pertubuhan ini menjalankan lebih 1,200 projek amali di seluruh dunia dalam setiap tahun.

 ________

Terima kasih diucapkan pada WWF kerana sudi berkongsi ilmu dan rasa untuk menjaga bumi tercinta ini.

- SKTAR DI HATIKU -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...