SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Friday, 6 September 2013

JAMUAN RAYA SKTAR 2013

Salam kedamaian buat semua...

 

Pada hari Khamis ( 5 September 2013 ) bertempat di Dewan Makan Asrama SKTAR, Satu program jamuan hari raya aidilfitri telah disambut oleh semua penghuni asrama , barisan guru-guru serta tetamu jemputan luar antaranya dari Baitul Hasanah kelolaan Pusat Zakat Selangor di Padang Golf  KKB dan Unit Pendakwahan Muallaf Pejabat Agama Islam Hulu Selangor ( PAIDHS).






Sekalung tahniah diucapkan pada semua AJK asrama khususnya dibawah seliaan Unit Hal Ehwal Murid, puan Rosidah binti Mohamed Ahyar dan pentadbiran asrama seperti Penyelia, Pembantu Pengurusan Murid dan Warden. Hasil kesungguhan dan berkat kerjasama antara semua warga kerja telah membuahkan hasil yang sangat baik. Terserlah keceriaan di riak wajah murid-murid asrama yang dijamu dengan pelbagai menu 

  • Ayam masak merah
  • Nasi putih
  • Rendang ayam
  • Gulai nenas lemak ikan masin
  • Satay dan kuah kacang
  • Lemang dan nasi himpit
  • kuih muih
  • Cocktail dan jus anggur. 

Antara pengisian program sempena jemputan jamuan raya Asrama 2013 itu seperti :
  • Solat Zuhur berjemaah
  • Tahlil ringkas di surau asrama
  • Ucapan aluan guru Besar
  • Jamuan hari raya aidilfitri. 



Program tersebut selesai sekitar jam 4.00 petang. 


-SKTAR DIHATIKU-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...