SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Wednesday, 18 September 2013

1000 Langkah Merdeka Tahun 2013

Mara....Kita halilintar... tiada gentar...puncak dunia... Malaysia sudah bergema...

Perarakan warga sekolah melintasi kampung dan taman

SKTAR dibawah unit Kokurikulum SKTAR telah mengadakan majlis penutupan kemuncak Hari Kemerdekaan Malasia ke 56  pada hari Selasa ( 17 September 2013 ) jam 8.00 - 9.40 pagi, Tarikh ini juga dipilih bertepatan sempena hari Malaysia di mana gabungan Tanah Melayu dan Sabah Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

 Pengisian :

Bacaan doa oleh Ustaz Aziz 

Ucapan aluan oleh Guru Besar

Senamrobik

Kenangan sebelum melangkah 1000 langkah

 Pelepasan oleh GB

Sepanduk dibawa oleh murid tahun 6

 Guru dan murid seiring selangkah

 Jurukamera Pn Rodiha Irhanim bersama durian D24

Jamuan durian di Kantin anjuran Kelab Guru

Justeru itu  SKTAR tidak ketinggalan bagi mengadakan program kemuncak dengan diadakan " Program 1000 Langkah Merdeka Malaysia". Trek sepanjang 1.5 KM mengelilingi Taman Juta dan Kampung Tun Razak dipilih dengan kesemua murid tahun 1 - 6 bersama-sama melangkah membawa harapan dan semangat anak merdeka. 

Perjalanan itu juga menarik minat kesemua guru dan staf berjalan bersama-sama murid yang membawa bendera, sepanduk dan diiringi nyayian lagu-lagu patriotik . Pelepasan majlis dilancarkan oleh Guru Besar SKTAR, encik Abdul Rahman bin Abdullah di pintu utama sekolah. Selesai acara tersebut, dengan hasil tabungan bersama para guru dan staf, Unit Kelab Guru telah mengadakan jamuan ringan buah durian yang dibeli secara pukal di pekan KKB.

Inilah keunikkan SKTAR yang ada dalam setiap warganya.


-SKTAR DI HATIKU-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...