SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Wednesday 8 October 2014

Taklimat Tugasan Akhir PPDa 2014

Taklimat  : Tugasan Akhir PPDa 2014
Tarikh : 8 Oktober 2014
Hari : Rabu
Waktu : 7.40 - 8.00 pagi
Tempat : Dataran SKTAR
Pengendali : Puan Roshidah binti Mohamed Ahyar ( PK 1 )
Audiens : Kesemua warga kerja SKTAR


"Baiklah, tugasan kita adalah pada lorong laluan DARIH" - Puan Rosidah


  Kucing bernama Abu turut setia menemani guru-guru


Cikgu Nayan dan Ustaz Aziz in the house




Penyataan Dasar 
Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian adalah dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan institusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara.  Dasar ini dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.


Visi
, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Misi
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.

Matlamat

Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran kekal “Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Bebas Dadah”.

Fungsi
  • Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
  • Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba
    rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.
  • Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.
  • Pengurusan Hubungan Luar


 Menanti Detik seminggu bermakna mulai 13 - 17 Oktober 2014 ini. Lawatan dari pelbagai agensi.

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...