Bersempena : Lawatan Sandaran NPQEL I.A.B 2014
Pensyarah Sandaran NPQEL : Puan Hajjah Norhasimah binti Hashim
Guru diselia : Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar ( PK 1 )
Tarikh : 10 Oktober 2014 ( Jumaat )
Waktu : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Seluruh kawasan SKTAR
Apa itu NPQEL ?
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah
menetapkan bahawa mulai 2014 Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan
Kebangsaan (National Professional Qualification for Educational Leaders
(NPQEL) yang dikeluarkan oleh Institut Aminudin Baki (IAB) Kementerian
Pelajaran Malaysia menjadi prasyarat pelantikan pengetua / guru besar di
Malaysia.
Ketetapan ini bermakna sesiapapun guru di Malaysia yang ingin menjadi
pengetua di sekolah menengah dan guru besar di sekolah rendah
diwajibkan memiliki NPQEL selain syarat-syarat lain. Sama ada para guru
menyedari atau tidak perkara ini, mereka tidak boleh protes jika tidak
boleh dilantik dan tidak boleh menikmati kenaikan pangkat sebagai
pengetua/guru besar hanya kerana tidak memiliki sijil atau diploma
NPQEL.
Mengapa kerajaan menetapkan syarat ini?
Kerajaan mahu memastikan
semua sekolah di Malaysia dipimpin oleh pengetua/guru besar yang
berkompetensi tinggi sahaja. Kajian menunjukkan bahawa sekolah yang
didatangkan pengetua/guru besar yang baik akan meningkat pencapaian
muridnya sebanyak 20% percentile. Kajian juga menunjukkan pengetua/guru
besat yang mengikuti kursus atau latihan kepimpinan dan pengurusan
pendidikan, latihan kepengetuaan, pembangunan profesionalisma dan
kursus-kursus lain yang berkaitan memberi impak yang tinggi kepada
kepimpinannya.
Adakah bilangan pemegang NPQEL mencukupi untuk mengisi 4000
kekosongan pengetua/guru besar yang akan berlaku dalam tempoh 2013-2015
ini?
Data menunjukkan satu perempat sahaja daripada 2,073 pemegang NPQEL
atau NPQH sebelumnya telah dilantik menjadi pengetua/guru besar. Mulai
tahun 2013 ini pengambilan peserta kursus NPQEL oleh IAB ditambah
daripada 300 setahun kepada 1000. Dua ambilan setiap satu 500 orang
peserta akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Julai. Sehingga tahun
2015 dijangka jumlah pemegang sijil NPQEL/NPQH ialah 5,316 satu jumlah
yang melebihi keperluan.
Bagaimanakah operasi penggantian dan pengisian pengetua/guru besar
dengan prasyarat baru ini?
Nama-nama peserta akam dimuktamatkan dan panggilan kursus akan dibuat
pada 31 Januari ini. Peserta yang telah dipilih melalui permohonan dan
temuduga akan diarahkan (bukan ditawarkan) menghadiri kursus selama lima
bulan dalam mod bercampur (blended mode) iaitu bersemuka,
e-pembelajaran, penandaarasan, sandaran dan pentaksiran atau ujian akhir
kursus.
Pada masa yang sama IAB dan pihak-pihak lain akan terus menjalankan
kajian keberkesanan dan kajian impak pelaksanaam NPQEL bagi menambah
bilangan kajian sedia ada iaitu lapan kajian sehingga kini. Pelbagai
pihak dialu-alukan memberi input dan pandangan mengenai perkara ini
untuk menambahbaik program NPQEL.
TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU
No comments:
Post a Comment