Mesyuarat Agung PIBG kali ke 39 telah diadakan pada hari Sabtu (10 Jun 2023) di Dewan Serbaguna Kg Tun Abdul Razak.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Saripah binti Bakar, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Majlis ini juga telah dihadiri oleh Batin Asu (Batin Kg Tun RAzak) , pihak JAKOA, PPD Hulu Selangor dan Pihak Polis (Pegawai Perhubungan Sekolah) dan ibu bapa.
Pelbagai acara lain juga disediakan seperti gerai jualan, bergambar bersama MAX Cosplay of JDT, selingan karaoke (sewatktu majlis berhenti rehat) dan cabutan bertuah.
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir bagi memberi sokongan dan perhatian kepada pendidikan anak-anak.
Semoga anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik dan mendapat kejayaan pada masa hadapan.
Persiapan sebelum majlis
👇👇👇👇👇👇
No comments:
Post a Comment