Taklimat : Mesyuarat Guru dan Staf Pertama 2015
Tarikh : 30 Disember 2014 ( Selasa )
Waktu : 9.00 pagi - 1.00 Tengahari
Tempat : Makmal Komputer
Kehadiran : Kesemua guru dan staf
Waktu : 9.00 pagi - 1.00 Tengahari
Tempat : Makmal Komputer
Kehadiran : Kesemua guru dan staf
Pada 30 Disember 2014 , telah diadakan Mesyuarat Guru & Staf Pertama Tahun 2015 yang telah dipengerusikan oleh Yang berusaha Encik Abdul Rahiman selaku Guru Besar SKTAR. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh kesemua warga kerja sekolah termasuk guru dan staf. Kesemua ahli mesyuarat begitu bersemangat menantikan tahun 2015 yang pastinya lebih mencabar dalam menaikkan lagi imej sekolah ini sebagai sekolah asli ternama di negeri Selangor.
Antara pengisian pada mesyuarat tersebut adalah seperti berikut :
- Ucapan aluan oleh Encik Abdul Rahiman bin Yusuf ( Guru Besar )
- Taklimat tugasan 2015 oleh Guru Besar
- Pembentangan unit HEM oleh Encik Saifullizan
- Pembentangan unit Kokurikulum oleh Encik Alpian
- Mesyuarat pembubaran dan perlantikan Kelab Guru SKTAR
Mesyuarat tersebut turut diisi dengan jamuan pot luck ringkas yang dibawa oleh warga kerja sekolah seperti nasi lemak, kuih-muih dan kudapan manisan.
Kesemua warga kerja sekolah telah mula berkumpul
Ucapan aluan dan taklimat tugasan 2015 oleh Guru Besar
Pembentangan unit HEM oleh Cikgu Saifulizan
Pembentangan unit Ko-kurikulum oleh Cikgu Alpian
gaya, mutu , keunggulan...
Jamuan pot luck
Mesyuarat yang santai - Cikgu Jauharriah
Antara juadah yang disediakan
Mesyuarat kelab Guru dan Staf 2014 / 2015
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 Tengahari oleh Encik Abdul Rahiman.
SKTAR PINTAR
No comments:
Post a Comment