Kunjungan SIP+ PPD Hulu Selangor 2014 ke SKTAR
Tarikh : 25 September 2014 (Khamis)
Waktu : 9.00 - 11.30 pagi
Tempat : Bilik Guru Besar
Kunjungan oleh : Tuan Abu Mansor
Mengenai SIPartners+
SIPartners+ adalah
seorang pembimbing kepada pihak pengurusan untuk meningkatkan kualiti
pentadbiran di sekolah yang ingin ditingkatkan prestasinya.
Sebagai SIPartners+
1. Membina hubungan dan
membimbing pengetua serta Guru Besar di sekolah,
2. Bekerjasama dengan Kementerian
dan pegawai PPD untuk menyediakan latihan yang amat diperlukan oleh pentadbir
sekolah.
3. Mereka bentuk dan mentadbir
intervensi khusus untuk meningkatkan kualiti kepemimpinan dan pengurusan di
sekolah
Peningkatan Peluang Untuk Impak
- SIPartners+ akan membina hubungan dengan pengetua dan Guru Besar. diharapkan SIPartners+ boleh membantu meningkatkan kualiti
pengurusan sekolah dibandingkan jika seorang pengetua atau guru besar bekerja secara bersendirian.
Masa Bimbingan Berkualiti – Pendidik yang terbaik tidak akan keluar dari sekolah untuk menjadi pentadbir – peranan SIPartners+ adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah. Selaku SIPartner+, mereka akan menghabiskan sekurang-kurangnya 80% daripada masa bekerja dengan pengetua dan guru besar, bukannya untuk mengumpul data atau mengisi borang.
TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU
No comments:
Post a Comment