Pendidikan bermula dari pemerhatian..
Yayasan EMKAY menyedari pentingnya aspek pendidikan bagi
membantu masyarakat terutamanya yang tinggal di pendalaman dan di luar arus
pembangunan, seperti masyarakat Orang Asli. Pendekatan paling berkesan dalam
membantu dalam aspek pendidikan ini adalah melalui pendidikan awal kanak-kanak
golongan sasaran ini.
Justeru itu, Yayasan EMKAY telah memperkenalkan Perpustakaan
Permainan atau ’Toy Library’ yang mengambil kira naluri kanak-kanak dengan
mewujudkan suasana keriangan sambil belajar. Perpustakaan Permainan ini
dikenali sebagai ’i-play’. Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu Selangor berasa amat bertuah kerana telah dipilih dari ribuan sekolah di seluruh negara ini.
Bilik Perpustakaan Permainan ini telah diletakkan di asrama SKTAR. Berikut merupakan beberapa foto sebelum dan selepas penyerahan perpustakaan permainan tersebut.
Sebelum ini, Bilik Toys Library hanyalah sebuah bilik rehat untuk para murid yang tinggal di asrama SKTAR
Ketibaan pegawai dari Yayasan EMKAY telah menerbitkan sinar baru pada SKTAR
Pengubahsuaian mula dijalankan oleh Yayasan EMKAY
Barangan Perpustakaan Permainan telah diterima selepas pengubahsuaian bilik selesai.
Antara Hiasan di Bilik Perpustakaan Permainan SKTAR sumbangan Yayasan EMKAY
Taklimat penggunaan Perpustakaan Permainan dari pegawai Yayasan Emkay.
Menunggu detik perasmian oleh Timbalan Pendidikan II pada 13 Ogos 2014
TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU
No comments:
Post a Comment