Program : Gotong-royong memasak juadah puasa 2014
Menu : Rendang ayam + nasi himpit
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam
Tarikh : 8 Julai 2014 ( Selasa )
Waktu : 8.00 pagi -12.00 tengahari
Tempat : Kantin SKTAR
Sasaran : Semua 38 murid Islam dan warga kerja SKTAR
Salam..
Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini, Panitia Pendidikan Islam sekali lagi merangka program menarik iaitu gotong-royong menghidangkan juadah berbuka puasa untukdiberi pada semua 38 orang murid Islam dari tahun 1 -6 . Menu yang dihidangkan untuk kali ini adalah rendang ayam dan nasi himpit. Terima kasih pada para penyumbang yang sudi memberi dana pada pihak panitia.
Gotong-royong ini dijalankan secara kerjasama melibatkan semua warga kerja sekolah. Majlis tersebut dirasmikan oleh ucapan Guru Penolong Kanan 1 Puan Rokiah binti Hassan.Tahniah diucapkan pada semua yang terlibat dari Panitia Pendidikan Islam.
TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU
No comments:
Post a Comment