SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Monday, 3 March 2014

PELANCARAN PERTANDINGAN 3K 2014

Kelas Ceria Murid Berjaya..


Itulah tema yang dipilih jawatankuasa Unit 3K untuk pertandingan Kebersihan, Keceriaan Kelas bagi tahun 2014.

Tajuk : Pelancaran 3K
Tarikh : 3 Mac 2014 ( Isnin)
Tempat : Dataran perhimpunan
Guru seliaan : Encik Mohamed  Nayan bin Mohamed.

Buku Program

Pertandingan ini dijalankan bagi memupuk semangt daya saing antara guru dan murid-murid dalam menceriakan , menghiasai dan mengindahkan kelas masing-masing agar lebih selesa dan kondusif dalam menjalankan sesi pengajartan dan pembelajaran.

Selain itu, diharap program ini dapat memberi kesedaran kepada murid-murid untuk menjaga kebersihan persekitaran mereka demi kepentingan bersama. Secara keseluruhannya program ini dapat meningkatkan lagi kerjasama antara guru dan murid-murid untuk menjadikan SKTAR ceria , bersih dan harmoni.

Matlamat melahirkan rasa sayang dan cinta murid-murid terhadap sekolah dan menanamkan sikap permuafakatan serta kerjasama antara ahli sekolah dalam menjayakan sesuatu projek atau aktiviti. 

 
Pengenalan 3K oleh cikgu Nayan

Objektif :
  • Kelas serta sekolah sentiasa bersih, ceria dan harmoni
  • mengindahkan kelas dan kawasannya supaya dapatmembantu sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan selesa dan menyeronokkan
  • Murid-murid melaksanakan program ini berdasarkan slogan " kelas Ceria, murid Berjaya" 
  • menanamkan sikap bertanggungjawab dan amanah dalam menjaga kebersihan kelas dan harta benda sekolah.
 
Cikgu Noor Hafiza bersama ketua kelas tahun 3 adik Putera

Jawatankuasa Pelaksana Unit 3 K

Pengerusi            :       Encik Abdul Rahman bin Abdullah ( Guru Besar)
Naib Setiausaha   :      Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar (PK HEM)
Setiausaha            :      En Mohamed Nayan bin Mohamed (Guru 3K)
AJK                       :  1. Encik Abdul Aziz bin Lahakim
                                  2.Pn Nur Wahira binti Ali
                                  3.Pn Hafsania binti Jamian


PK HEM Puan Rosidah dan PK Kurikulum Puan Rokiah bersama murid tahun 1 menerima serahan simbolik bulu ayam

Jadual tugasan
  1. Setiap guru akan terlibat dalam memberi penilaian dalam pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Tahun 2014
  2. Setiap guru akan membuat penilaian sekali sahaja dalam satu minggu
  3. Buku penilaian hendaklah diserahkan kepada ketua unit kebersihandan Keceriaan sekolah, En.Mohamed Nayan bin Mohamed.

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...