CERAMAH AWAL REMAJA SKTAR 2013
HARI : RABU
TARIKH : 6 NOVEMBER 2013
TEMPAT : - MAKMAL KOMPUTER & BILIK BELAJAR ASRAMA
Pendidikan Seksual selalu dikaitkan dengan remaja. Zaman
remaja adalah peringkat peralihan: dari alam kanak- kanak menuju dan
menginjak zaman dewasa. Namun usia remaja adalah terletak di antara
keduanya. Peringkat ini adalah amat kritikal. Peringkat di mana mereka
terdedah kepada setiap perubahan itu berbentuk positif mahupun yang
negatif. Kedua- duanya mempunyai kesan yang amat penting kepada
perkembangan remaja ini.
Di Peringkat ini remaja lebih cenderung
berkawan dan sentiasa berkeinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Amat
penting pada peringakat ini remaja diberi pendidikan yang sebaik-
baiknya yang berteraskan agama. Agama adalah benteng bagi mereka
terhadap ancaman anasir- anasir luar yang berkemampuan merosakkan
mereka.
Justeru itu, Unit Pendidikan Moral, unit Pendidikan Islam, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta kerjasama dari Unit HEM telah menganjurkan Kem Awal Remaja peringkat Sekolah yang telah disempurnakan oleh barisan guru pentadbir. Terima kasih diucapkan pada 2 orang doktor jemputan iaitu :
- Doktor Qoyyum dari Pusat Kesihatan Kalumpang
- Doktor Hafeezah Hazwanie. Doktor Perhubungan Sekolah Hulu Selangor.
Untuk mengasingkan tempat ceramah berlainan jantina, maka makmal komputer dipilih untuk penerangan murid-murid lelaki tahun 4.5 dan 6. manakala bilik Belajar Asrama untuk penerangan murid perempuan tahun 4,5, dan 6. Semoga ilmu yang diperolehi murid-murid ini dapat dijadikan pengetahuan berguna di masa mendatang. Betapa menyedari bahayanya seks bebas dan kesannya maka usaha murni ini akan diteruskan di masa-masa akan datang.
---------------------------------------
-SKTAR DIHATIKU-
No comments:
Post a Comment