Salam semua..
Satu lagi usaha melahirkan saintis peribumi Malaysia.
SKTAR dengan kerjasama dari PINTAR FOUNDATION telah mengadakan pameran bergerak bagi mendedahkan teknik pembelajaran yang mudah dan menarik selain alternatif pembelajaran rutin di kelas. Bertepatan tarikh dipilih pada 9 Oktober 2013 ( Rabu) di Dataran Gelanggang Futsal Tun Razak berhadapan asrama SK Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu.
Unit Hal Ehwal Murid melalui gurunya Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar merangka program menarik apabila menjemput Pintar Mobile Learning Unit ( PMLU ) yang merupakan kenderaan khusus yang telah diselaraskan dan berfungsi sebagai program pendidikan bergerak untuk pelajar PINTAR di Semenanjung Malaysia.
Murid tahun 2 beratur sebelum menaiki bas PLMU secara berperingkat-peringkat.
Abang fasilitator dari PINTAR menerangkan sub unit pada murid-murid
Memenuhi ruang pameran di dalam Bas PLMU. khusyuk nampaknya Ustazah Nurhayati kita tu..
Aplikasi kedoktoran secara digital
Segmen photoghraphy menjadi tumpuan murid-murid lelaki
Teknisyen Komputer Encik Muhammad Fahmi membantu adik Halim tahun 6 mengawal simulasi kapal terbang dari kokpit.
Bahagian yang menjadi tumpuan murid-murid perempuan.
Agenda penutup program apabila fasilitator PINTAR memberi kata rangsangan dan motivasi pada murid-murid asrama SKTAR.
------------------------------------------------------------------------
Pencarian bakat cilik bermula :
Shakira dan Elyana berbincang membuat hiasan buah-buahan. Ada tokoh jadi chef murid tahun 1 ni.
Adik Juwita Suzailin dari tahun 2 bergaya mengenakan pakaian rasmi doktor.
Wah! Sharol Merdi dari tahun 6 memang ada tokoh jadi jurukamera la.. say cheese
PLMU dilengkapi dengan aktiviti dan pengetahuan yang berkaitan dengan "tema" yang menjadi medium pembelajaran bercorak mudah serta menarik bagi para murid. Bagi tahun 2013 di bawah tema " memupuk Bakat" yang bertujuan memberi keyakinan kepada para pelajar untuk lebih menyerlah dengan bakat sedia ada dan memberi inspirasi kepada murid untuk lebih berjaya.
Beberapa tema telah disediakan di dalam sub unit bas PLMU iaitu :
- SPORT : bercirikan landasan bowling menggunakan mekanisme wireless.
- CULINARY : Merekabentuk hiasan buahan-buahan mengikut cetusan idea spontan
- ENGINERING : Pendedahan komponen berdasarkan alatan moden
- HEALTH CARE : Melahirkan minat menjadi doktor cilik melalui alatan hospital moden
- PHOTOGHRAPHY : Mengabadikan foto berteras pada flora dan fauna secara maya
- AVIATON : Simulator khas menjadi juruterbang seperti berada di kokpit.
Berikut merupakan tentatif program :
8.30 pagi
|
Ketibaan bas PINTAR
|
9.00 pagi
|
Lawatan Bas PLMU dibuka untuk murid-murid dan guru
|
Segemen bakat :
1. Sukan
2. Penerbangan
3. Perubatan
4. Kejuruteraan
5. Kulinari
6. Fotografi
|
|
1.00 tengah hari
|
Lawatan Bas PLMU tamat
|
Diharap lawatan Bas PLMU ini dapat mencapai objektif dalam mempromosikan pembelajaran melalui pengaplikasian. ternyatalah bahawa proses pembelajaran berteras teknologi adalah mudah. Terima kasih diucapkan pada pihak PINTAR FOUNDATION atas kunjungan kali ini.
-SKTAR DIHATIKU -
No comments:
Post a Comment