SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Thursday, 31 October 2013

MAJLIS GRADUASI KEDAP 2013

                            

                          DIRASMIKAN OLEH :
                      Encik Jamaluddin bin Abdul Kadir
                            Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor

 Tarikh : 31 Oktober 2013
Hari : Khamis
Masa : 2.00 -5.00 petang
Tempat : Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu Golf Resort


Program Kelas Dewasa Bagi Ibubapa Murid Orang Asli dan Pribumi (KEDAP) adalah sebahagian daripada program yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. Tujuannya adalah untuk membasmikan buta huruf di kalangan Orang Asli seluruh Malaysia. Peserta program KEDAP SKTAR adalah seramai 30 orang dan diberikan beberapa elaun iaitu elaun gantian kehilangan pendapatan, elaun makan, elaun alat tulis, elaun kesihatan dan lawatan sambil belajar.



OBJEKTIF



1.  Memberi pengiktirafan supaya dapat menyuntik semangat ingin menguasai

     kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam diri setiap peserta supaya

     mereka tidak sia-siakan apa yang telah diajar dalam program KEDAP.

2.  Mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan peserta dan guru-guru di

     SK  Tun Abdul Razak.

3.  Menggalakkan interaksi sosial, mengurangkan rasa malu dan rendah diri

     peserta.

     

TENTATIF PROGRAM



2.00 petang : Pendaftaran dan ketibaan tetamu


2.30 petang : Bacaan Doa


: Ucapan Penyelaras Program KEDAP


: Ucapan Guru Besar


Ucapan Perasmian



3.15 petang : Penyampaian Sijil


4.00 petang : Jamuan/Cabutan bertuah.


4.45 petang : Sesi bergambar


5.00 petang : Bersurai


AJK PELAKSANA PROGRAM MAJLIS GRADUASI KEDAP 2013

Pengerusi                                  :  En. Abdul Rahman b. Abdullah (Guru Besar)    
Naib Pengerusi I                     :  Pn. Rokiah bt. Hassan (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II                   :  Pn. Rosidah bt. Mohamed Ahyar (GPK HEM)
Naib Pengerusi III                  :  Pn.  Hjh Jashiah bt. Rabu (GPK Kokurikulum)
Penyelaras KEDAP                  :  Pn. Nia

      URUSETIA BUKU PROGRAM, KAD JEMPUTAN, SIJIL

Pn. Nia
En. Abdul Aziz b. Lahakim Pn. Mazliawatun bt Mustafa
Pn. Hamidah bt Hambli Pn. Zaitun bt. Kassim

        SAMBUTAN                                                 BACAAN DOA
En. Abdul Rahman b. Abdullah                            En. Abdul Aziz b. Abdullah
Pn. Rokiah bt. Hassan
Pn. Rosidah bt. Mohamed Ahyar               

JURU ACARA
Pn. Jashiah bt. Rabu          Pn. Hamidah bt. Hambli


      HADIAH DAN CENDERAMATA                  JURUGAMBAR

Pn. Nia                                       Pn. Rodiha Irhanim bt. Shamsuddin
Pn. Siti Khadijah bt. Abdul Aziz
Pn. Nor Wahira bt. Ali                                            DOKUMENTASI
Pn. Noriah Anak Tong Seng                                   Pn. Nia
Pn. Nor Hayati bt. Nawawi                                     Pn. Saedah bt. Ahmad
         
  JAMUAN                                                 TEMPAT, P. A SYSTEM, BANNER
Hamidah bt. Hambli (Ketua)                               En. Abdul Aziz b. Lahakim
Pn. Norhazliza binti Mohamad                            En. Mohd Yusmawi b. Zainal
Cik Nurhayati bt Hashim                                     En. Mohamed Nayan b. Mohamed
Pn. Rogayah bt. Abdullah                                     En. Muhd Fahmi b. Kamil Hadi
Cik. Noor Ida Mardiah bt. Kamalruzaman


AKTIVITI -AKTIVITI PROGRAM KEDAP  2013

- PERASMIAN KEDAP 2013






 --------------------
- BELAJAR SAMBIL KARAOKE





-----------------------------------
- BENGKEL KECANTIKAN






-----------------------------
- BENGKEL MASAKKAN





--------------------------
- EXPLORACE




--------------------------
- JAMUAN HARI RAYA




----------------------------
-LAWATAN KILANG COKELAT




------------------------
 - PENERIMAAN BARANGAN KESIHATAN




------------------------------
-PERMAINAN TRADISIONAL




----------------------------
- SEMASA PEMBELAJARAN





------------------------
- VIDEO RATU CANTIK KEDAP 2013

 -SKTAR DIHATIKU-


Wednesday, 30 October 2013

GOTONG-ROYONG PERDANA 2013

Salam,


Pada hari Rabu-Khamis ( 30-31 Oktober 2013 ) bertempat di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak , Unit Hal Ehwal Murid dibawah kelolaan Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar telah menggerakkan unit 3K (Kebersihan, keselamatan dan Keceriaaan) yang diselaraskan oleh gurunya encik Mohamad Nayan  dan Unit BNK ( Kaunseling) diselaraskan oleh Encik Aziz bin Lahakim. Terima kasih tak terhingga diucapkan pada semua murid tahap 2 terutama murid tahun 6 yang sangat ikhlas membantu guru dan staf bagi menceriakan lagi kawasan persekitaran di sekolah ini.


SKTAR yang dikenali sebagai sekolah murid orang Asli di daerah ini amat mementingkan kualiti persekitaran bagi menyediakan mood suasana pembelajaran yang kondusif sekaligus menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah. Moto SKTAR iaitu " SKTAR DIHATIKU" menjadi pemangkin semangat di kalangan murid untuk lebih menjaga harta benda dan kegunaan awam bersama.


 2 tempat utama gotong royong adalah membantu unit PSS ( Pusat sumber) dan bilik guru apabila 2 bilik berkenaan mengalami perubahan lantai simen digantikan dengan tile batu kuarza. Terima kasih diucapkan pada guru besar Encik Rahman yang mengusahakan inisiatif murni ini.


mentaliti menganggap Orang Asli ketinggalan perlu dibuang, ianya hanya persepsi tanggapan dan tak beerti jika tanggapan itu tidak didasari dari pemerhatian bersama masyarakat kaum asal ini. Kaum Asli Temuan Hulu Selangor masakini sudah seiring dengan semua bangsa di Malaysia. Kesemua guru dan staf SKTAR berbangga kerana kami dapat berkhidmat di sebuah sekolah yang eksotik dan unik.

 

-SKTAR DIHATIKU-

Tuesday, 29 October 2013

HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH 2013

Salam..


Kanak-kanak merupakan pewaris negara. Bertepatan dengan slogan tersebut maka Unit HEM telah merangka program menarik pada hari Selasa ( 29 Oktober 2013 ) jam 8.00- 1.00 Tengahari di Dataran Kantin SKTAR. Dataran Kantin dipilih berikutan kerja pengubahsuaian Pusat Sumber Sekolah dan Bilik Guru. 

Aturcara Majlis :

  • 7.30 Pagi : Murid berkumpul di Dataran Kantin
  • 7.40 Pagi : Ucapan pengerusi Majlis
                  - bacaan doa
                  - Ucapan perasmian oleh Guru Besar
                 - Nyanyian lagu : " Anak Dunia"
  • 8.30 Pagi : Sukaneka di padang futsal
  • 10.30 Pagi : Jamuan di kantin
  • 11.00 Pagi : Persembahan murid
                    - Persembahan guru
  • 12.30 Tengahari : Penyampaian hadiah
  • 1.35 Tengahari : Bersurai
-----------------












  


-----------------
Sumber wikipedia :

Sejak 14 Disember 1954, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO memerhatikan 20 November sebagai Hari Kanak-kanak Sedunia "demi diperhatikan sebagai suatu hari untuk persaudaraan seluruh dunia dan saling faham-memahami di antara kanak-kanak. Adalah dicadangkan bahawa hari itu juga diperhatikan sebagai suatu hari untuk kegiatan yang tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk Piagam dan kebajikan untuk kanak-kanak seluruh dunia." 

[1] Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia. Pada awalnya, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Tugas ini kemudiannya diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sejak tahun 1995.[2]

-SKTAR DIHATIKU-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...