Dipengerusikan oleh GB dan dikendalikan oleh PK HEM
Pada hari Jumaat ( 11 Januari 2013) jam 9.20-10.30 pagi telah berlangsung mesyuarat Asrama kendalian HEM bagi tahun 2013. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cikgu Rahman bin Abdullah Guru Besar dan dikendalikan oleh Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar selaku GPK HEM. Kesemua AJK Asrama lantikan 2013 telah dilantik dan hadir dalam mesyuarat pada waktu tersebut.
Kesemua AJK Asrama 2013
SKTAR mengucapkan selamat datang pada Penyelia Asrama yang baru iaitu Puan Rodiha Irhanim ke Asrama SKTAR.Semoga dapat membantu pentadbiran asrama yang lebih gemilang untuk tahun 2013 ini. Antara agenda mesyuarat :
- Aluan Guru Besar dan PK HEM
- Laporan PPD
- Laporan PPM
- Laporan Warden
- Laporan Penyelia
- Takwim 2013
- Hal-hal lain.
Ustaz Aziz dan Cikgu Hafsania serta Cikgu Noriah menjadi AJK Guru untuk asrama bagi tahun ini.
Selepas tamat mesyuarat, jamuan disediakan di katin sekolah. Terima kasih pada Puan Hajjah Jashiah yang sudi menjamu warga SKTAR untuk hari itu. Semoga bertambah lah rezeki beliau..aamiin.
No comments:
Post a Comment