Salam..
Pada hari Jumaat 22 Jun 2012 jam 8.00 hingga 11.30 Pagi satu majlis penyerahan buku ADAB pada waris murid-murid sedang diadakan. Buku ADAB tersebut akan ditandatangani oleh penjaga murid sambil disaksikan murid itu sendiri dihadapan guru kelas. Kolaborasi dan perbincangan antara ibu bapa dan guru turut dibuat sepanjang waktu tersebut.
Ada ibu bapa yang sangat berminat ingin mengetahui sejauh mana pencapaian anak mereka dalam pelajaran bahkan turut meminta nasihat terbaik dari guru kelas bagi membincangkan demi kebaikan bersama. Tahniah diucapkan pada Unit Kurikulum dan semua guru kelas Tahun 1 hingga 6.
No comments:
Post a Comment