Salam..
Pada petang Khamis tanggal 28 Jun 2012, telah berlansungnya mesyuarat LADAP dalaman in-house Training kali ketiga bagi tahun ini. Taklimat tersebut bagi membincangkan tentang pengisian data kursus yang telah dihadiri oloh guru sepanjang 2012..guru-guru telah diingatkan agar membawa bersama kad biru untuk tujuan memasukkan data tersebut.
Antara guru yang hadir
Taklimat disampaikan oleh S/U LADAP ustaz Abdul Aziz bin Abdullah.
Pada asalnya ,perjumpaan pada petang tersebut akan dihadiri oleh pegawai
LHDN untuk mengutip borang makluman penjawat awam namun akibat
kesuntukan masa perjumpaan tersebut digantikan dengan taklimat e-SPLG
serta pengisian borang kaji selidik TNA oleh guru-guru.