SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Saturday, 12 May 2012

Transformasi Padang SKTAR

Assalamualaikum...

Sedih..sedih..

Padang SKTAR kini hanya tingga nama. Tiada lagi rumput menghijau yang dibasahi embun pagi dan kelibat anak-anak asli kampung berkejaran di tengah padang. Start admin posting di sini pada 2007 hingga kini, Sempat first posting pada 2007 acara sukan tahunan diadakan di sini dan kali terakhir acara sukantara pada 2011.

pelbagai transformasi padang Kampung Orang Asli Tun Razak yang terletak bersebelahan sekolah ini mengalami jatuh bangunnya sendiri. Jom soroti beberapa foto yang pernah diabadikan untuk tatapan pembaca semua.


 2007
   
Lihatlah betapa menghijaunya padang ini, line larian sukan tahun 2007 juga masih kelihatan. Oh, kami warga sktar rindukan suasana ini dahulu.



2008-2009
 
Asrama desa sementara diwujudkan bagi membina asrama kekal 2 bangunan bertingkat di tapak asrama lama. Masa ni padang SKTAR dah ditutup untuk kerja-kerja pembangunan.  bangunan ni dah dirobohkan pada 2010 .hanya tinggal stage penonton sahaja dan tiang bendera.


2010-2011
 Inilah pemandangan sekitar tahun tersebut. nampak tak asrama baru dah dibina di hujung sana. dan pada tahun 2010-2011 juga gelanggang futsal telah didirikan di atas tapak lama asrama sementara.


  April 2012
 Kerja-kerja amal oleh unit TKRS sedang bergotong-royong membersihkan padang. Masa ni pihak sekolah tak dimaklumkan yang padang ini akan ditar sepenuhnya. Sempatlah juga admin buat posting tentang padang ni. Klik SEDIH Oo..

 Mei 2012
 Tiada lagi rumput sesegar menghijau.hanya rumput batu yang bakal di tar. 

Dengarnya tapak lama rumah JAKOA yang didirikan di sebelah asrama ni akan dibina stage terbuka untuk masyarakat Asli di sini.


Namun, biar apapun yang berlaku .. SKTAR tetap di hati. :)

4 comments:

  1. Nak demo "JANGAN AMBIL PADANG KAMI"...ia bukan hak kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia..sama macam plot cerita drama astro..huhu. Sedih 2.

      Delete
  2. Apalah salahnya...Dengan ada kawasan berturap akan nampak lebik kemas, bersih dan lapang.Pelbagai aktiviti dapat dijalankan disitu nanti. Kalau ada padang rumput panjang dan dipenuhi kaca pun tak ada gunanya. Sepatutnya kita bersyukur kerana ada sedikit limpahan pembangunan di kawasan Tun Razak. Just think positive...Jangan la nak demo je..

    ReplyDelete
  3. xper ar cikgu,,walaupon skg da brubah tpi smue bnde yg berlalu is still in our memory...tpi skg kn negara kite dh maju msti la kg n skolah kite pon kne maju jgak kn...hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...