SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Monday, 28 May 2012

Mini Asrama, 'masuk jawi' dan Selamat bercuti

Salam..

Pada hari Jumaat hingga Khamis ini ( 25hb-31 Mei 2012 ) berlangsungnya program Mini Asama 2012 melibatkan murid Tahun 6 yang bersekolah di SKTAR. Program tersebut diselia oleh guru-guru subjek Teras tahun 6. Tahniah pada semua guru yang sanggup menggorbankan cuti penggal persekolahan ini demi meamastikan kejayaan anak-anak bangsa ini terjamin keutuhan dalam membudayakan ilmu penggetahuan. 


Bagi murid tahun 6 lelaki iaitu adik Zulkhairi akan dikhantankan sempenan cuti persekolah ini sebaik sahaja kem tersebut selesai Khamis ini. Terima kasih pada Panitia P.Islam dan kebenaran dari penjaga murid terbabit.  


Selamat bercuti igun muhei.. 11 Jun 2012 ( Isnin nanti jangan tak datang pulak ye).. SKTAR mengucapkan selamat bercutipada semua warga SKTAR.

Monday, 21 May 2012

Perhimpunan pagi 21 Mei 2012

 Selamat pagi

Perhimpunan pada pagi ini ada penyampaian hadiah untuk murid kriket yang bermain pada bulan April 2012. Hadiah disampaikan oleh Puan Hajjah Jashiah binti Rabu ( PK Koku) . Guru yang bertugas pada minggu ini ialah puan nia dan puan Saedah binti Ahmad. Minggu ni minggu mengisi markah PKSR sebab cikgu Noor hafiza Jabier dan announce data markah sebelum 15 Jun ini.


 Adik Firdaus.

 Adik Shahril Ng 

Adik Haziman wakil sekolah untuk acara bercerita yang dibimbing oleh Puan jauharriah binti Ahmad. 

Perhimpunan pada pagi tersebut tamat jam 8.20 pagi.


Kem Menggapai Awan UPSR 2012

Assalamualaikum w.bt.

Pada 18-19 Mei 2012 ( Jumaat dan sabtu) telah berlangsung Kem Menggapai Awan UPSR 2012 yang bertempat di kem Rimba Tamu Batang Kali. Kem tersebut bermula pada jam 11.00 pagi hari jumaat dan berakhir pada pukul 2.00 petang hari Sabtu. Tahniah pada penyelaras tahun 6 puan Jauharriah binti Ahmad yang dibantu oleh semua guru dan staff bagi menjayakan program kem selama 2 hari bermalam tersebut. 




Sekalung tahniah juga diucapkan pada semua murid tahun 5 dan 6 seramai 40 orang. Semoga kalian beroleh sesuatu yang bermanfaat dalam kem tersebut dan sekaligus boleh mengambil ilmu manfaat kalian di sepanjang kehidupan ini.InsyaAllah. Untuk lain-lain cerita berkaitan kem ini boleh klik kat blog satu lagi --> Us.Aziz

Sambutan Hari Guru 2012

 Salam..

Pada 16 Mei 2012 ( Rabu) berlangsung sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Perutusan telah dibaca oleh PK Pentadbiran Puan Rokiah binti Hassan di dataran Kejat. Seramai 16 orang guru telah berkumpul untuk meraikan hari tersebut. Sambutan ini dipengecarakan oleh encik Muhammad fahmie bin Kamil Hadi selaku Teknisyen sekolah.  Alhamdulillah majlis brjalan lancar dan meriah berkat kerjasama semua jawatankuasa bersama oleh guru dan staff.

Ikrar  kami guru Malaysia.

 Banyak guru-guru dapat hadiah tahun ni terutama cawan,mug,gelas dan pinggan.

 Persembahan murid tahun 3 

 Pertandingan Siapa Cantik ? 

Cabutan hamper di dataran kantin

Sambutan diteruskan waktu malam di Grill and stimbot Kalumpang.

Cabutan tukar hadiah,hamper dan undian 10 guru mithali hasil undian murid-murid SKTAR turut dijalankan di kantin SKTAR.Tokoh guru SKTAR bagi tahun 2012 disandang oleh cikgu Norhazliza binti Mohammad hasil undian tertinggi murid-murid Tahun 3,4,5 dan 6. Sambutan yang bermula sekitar jam 8.00 pagi tersebut berakhir pada jam 12.55 Tengahari. Admin ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU 2012! :) 

Untuk lebih gambar sila klik halaman FB sekolah di sini ---> GAMBAR

Saturday, 12 May 2012

Mesyuarat AJK PIBG Pertama 2012

Salam..



Pada 8 Mei 2012 (Selasa) JAM 2.30-4.35 petang bertempat di Makmal Komputer SKTAR, telah berlangsungnya mesyuarat AJK PIBG Kali pertama untuk tahun ni. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Dipertua bagi lantikan 2012-2013 Encik A Mizan bin Silai. Alhamdulillah perjalanan mesyuarat tersebut sangat positif dalam membincangkan hala tuju PIBG dan akademik murid-murid sekolah ini.

Maklumat lanjut sila klik DI SINI YE ! :)

Transformasi Padang SKTAR

Assalamualaikum...

Sedih..sedih..

Padang SKTAR kini hanya tingga nama. Tiada lagi rumput menghijau yang dibasahi embun pagi dan kelibat anak-anak asli kampung berkejaran di tengah padang. Start admin posting di sini pada 2007 hingga kini, Sempat first posting pada 2007 acara sukan tahunan diadakan di sini dan kali terakhir acara sukantara pada 2011.

pelbagai transformasi padang Kampung Orang Asli Tun Razak yang terletak bersebelahan sekolah ini mengalami jatuh bangunnya sendiri. Jom soroti beberapa foto yang pernah diabadikan untuk tatapan pembaca semua.


 2007
   
Lihatlah betapa menghijaunya padang ini, line larian sukan tahun 2007 juga masih kelihatan. Oh, kami warga sktar rindukan suasana ini dahulu.



2008-2009
 
Asrama desa sementara diwujudkan bagi membina asrama kekal 2 bangunan bertingkat di tapak asrama lama. Masa ni padang SKTAR dah ditutup untuk kerja-kerja pembangunan.  bangunan ni dah dirobohkan pada 2010 .hanya tinggal stage penonton sahaja dan tiang bendera.


2010-2011
 Inilah pemandangan sekitar tahun tersebut. nampak tak asrama baru dah dibina di hujung sana. dan pada tahun 2010-2011 juga gelanggang futsal telah didirikan di atas tapak lama asrama sementara.


  April 2012
 Kerja-kerja amal oleh unit TKRS sedang bergotong-royong membersihkan padang. Masa ni pihak sekolah tak dimaklumkan yang padang ini akan ditar sepenuhnya. Sempatlah juga admin buat posting tentang padang ni. Klik SEDIH Oo..

 Mei 2012
 Tiada lagi rumput sesegar menghijau.hanya rumput batu yang bakal di tar. 

Dengarnya tapak lama rumah JAKOA yang didirikan di sebelah asrama ni akan dibina stage terbuka untuk masyarakat Asli di sini.


Namun, biar apapun yang berlaku .. SKTAR tetap di hati. :)

Friday, 4 May 2012

Susu 1 Malaysia

 Salam..

  
Adik Nazrul Ikmal membantu guru memberi susu pada rakan-rakannya.


Pada pagi ini ( Jumaat 4 Mei 2012 jam 7.30-7.45 pagi) satu penyerahan rasmi susu 1 Malaysia kepada murid-murid SKTAR dari tahun 1 hingga 6 telah dijalankan di Dataran Kejat SKTAR. Penyerahan Susu 1 Malaysia ini disampaikan oleh PK HEM SKTAR, Puan Rosidah Ahyar. Selain itu pemberian vitamin 1 Malaysia juga turut diberi pada murid-murid selepas waktu rehat setiap hari Isnin,Rabu dan Jumaat.


 Murid-murid seronok menikmati susu percuma. Terima kasih! 

Lain-lain gambar boleh KLIK DI SINI


Murid Beruniform Terbaik SKTAR 2012

Salam..

Seperti rutin biasa setiap hari Rabu, Kesemua murid Tahun 3,4,5 dan 6 diwajibkan untuk memakai baju unit beruniform TKRS. Unit TKRS merupakan unit beruniform tunggal di sekolah ini. Di kalangan murid seramai 124 orang murid ini, GPK Ko-Kurikulum Pn Jashiah memberi pujian dan tepukan gemuruh pada kesemua murid pada perhimpunan pagi ini ( Rabu 2 Mei 2012 jam 7.30-7.44 pagi).

Contoh murid yang berdisiplin dalam tatacara berpakaian Unit Beruniform.

Murid yang dimaksudkan tersebut adalah adik Malissa A/P Ayang. Beliau merupakan murid Tahun 3. Pihak SKTAR juga kagum dengan keprihatinan penjaga murid ini yang menginginkan anak mereka mendapat latihan beruniform terbaik terutama dari segi pemakaian rasmi TKRS.




Alhamdulillah semakin ramai murid yang membeli sendiri pakain TKRS untuk dipakai setiap hari Rabu.

Lain-lain berita akan disampaikan sekiranya terdapat kelapangan waktu oleh pihak admin. InsyaAllah. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...