SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Thursday, 26 March 2015

Sambutan Hari Lahir Murid Asrama di Tanjung Malim 2015

Program : Sambutan Hari Lahir Murid Asrama Tahun 2015
Tarikh : 26 Mac 2015 ( Khamis )
Waktu : 2.00 - 5.00 petang
Anjuran : Unit Asrama dan Kelab Guru & Staf 
Tempat : Zaaz Cafe Tanjung Malim, Perak
Sasaran : Kesemua murid asrama SKTAR


Salam hormat..

Pada 26 Mac 2015 lalu, Unit Asrama telah mengadakan majlis sambutan hari lahir murid asrama yang lahir dari bulan Januari - Mac. Malis sambutan ini dihadiri oleh kesemua murid asrama, kakitangan asrama, barisan guru pentadbir dan sebilangan guru-guru SKTAR.


Majlis yang turut disertai oleh Kelab Guru dan Staf SKTAR ( KGSS ) telah mengadakan sambutan perpisahan pada bekas guru di sekolah ini iatu Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar yag kini telah memegang jawatan guru besar di SK KKB. Seorang lagi guru yang dirai adalah Puan Noriah Anak Tong Seng yang berpindah ke SK Kampung Kuantan.


Majlis pada petang tersebut dihidangkan dengan menu Chicken Chop, cocktail dan kek cheese. terima kasih diucapkan juga pada Penyelaras KGSS tahun ini iaitu Encik Saifullizan bin Salehuddin yang sudi menyumbangkan kek cheese pada majlis tersebut.













Murid asrama pulang semula ke SKTAR dengan menaiki bas yang telah disewa khas . majlis tamat sekitar jam 5.00 petang.

SKTAR PINTAR

Wednesday, 25 March 2015

Lawatan berkala Western Digital 2015

Aktiviti : Lawatan berkala Western Digital  2015
Tarikh : 25 Mac 2015 ( Rabu )
Waktu : 2.00 - 4.00 petang
Tempat dilawati : Makmal Komputer
Kelolaan : Western Digital


Salam..


Pada 25 Mac 2015 lalu, pihak Western Digital telah mengadakan lawatan berkala bagi melihat kembali perjalanan penggunaan bilik makmal komputer SKTAR. Lawatan ini adalah susulan perasmian pada 25 Jun 2014 yang lalu. Pada lawatan terdahulu, Pihak Western Digital telah menyumbangkan beberapa unit komputer dan mesin pencetak pada pihak sekolah.




Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kerana masih sudi menjengah dan melihat perjalanan pembelajara ICT di sekolah ini.


SKTAR PINTAR

Tuesday, 24 March 2015

Bacaan LINUS Waktu Pagi Tahun 2015

Aktiviti : Bacaan LINUS Waktu Pagi 2015
Kelolaan : Unit Kurikulum dan Unit LINUS SKTAR
Tarikh : Mac - Oktober 2015
Sasaran : Murid LINUS Tahun 1 - 3
Waktu : 7.10 pagi - 7.30 pagi
Tempat : Dataran SKTAR

Salam..



LINUS merupakan salah satu keutamaan Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak bagi menyiapkan murid yang boleh membaca konstruk ayat 1 dan 2 dengan lancar. Selaras dengan itu, penyelaras LINUS diketuai oleh Puan Nor Wahira binti Ali dan guru pemulihan serta dibantu oleh guru pembimbing telah melancarkan program bacaan pagi sebelum perhimpunan diadakan.


Di harap dengan program seumpama ini dapat meningkatkan lagi keupayaan murid-murid LINUS tahun 1-3 mencapai objektif pembelajaran khususnya dalam literasi dan numerasi.

SKTAR PINTAR

Thursday, 12 March 2015

Kejohanan Olahraga MSSD 2015

Aktiviti : Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Selangor 2015
Tarikh : 9 & 12 Mac 2015 ( Isnin & Khamis )
Tempat : Padang SMK Kalumpang


Salam sukan..

Pada 9 Mac 2015 ( Isnin ) , Unit Ko-kurikulum SKTAR dibawah seliaan gurunya Encik Alpian bin Md Nor dan S/U Sukan Encik Yusmawi bin Zainal telah menghantar beberapa orang murid ke pertandingan pemilihan murid acara lontar peluru. berikut disenaraikan butiran tersebut :

Acara : Lontar Peluru

Penyertaan : - Adik Ranggis A/L Amir (Tahun 6) 
                   - Adik Ruzaini bin Remos ( Tahun 6 )
Pencapaian : Mereka berdua telah berjaya mewakili zon ke peringkat daerah. syabas diucapkan.


Manakala pada 12 Mac 2015 pula ( Khamis ), satu lagi keohanan yang sama melibatkan acara larian. berikut adalah butiran berkaitan :


Acara : Lumba lari 200 Meter

Penyertaan :  - Adik Noryani binti Hisam
Pencapaian : Adik Noryani berjaya mewakili zon ke peringkat daerah Hulu Selangor. Syabas diucapkan.

SKTAR PINTAR

Saturday, 7 March 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG 2014 / 2015

Aktiviti : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 31 Tahun 2014 / 2015
Tarikh : 7 Mac 2015 ( Sabtu )
Tempat : Dewan SKTAR
Perasmi : Wakil Pejabat DUN Batang Kali N07 
Jawatankuasa PIBG Sesi 2015 / 2016




Salam 1 Malaysia...


Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKTAR telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-31. Mesyuarat tersebut dihadiri hampir 120 orang ibu bapa yang merupakan kehadiran teramai setakat 5 tahun kebelakangan ini. Setiausaha lantikan terdahulu sesi 2014 / 2015 Encik Abdul Aziz bin Abdullah dan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa guru telah berjaya mengadakan pemilihan baru kali ini.



50 peserta ibu bapa yang terawal berpeluang untuk mendapat cabutan khas yang mana mereka turut layak untuk dipilih kali kedua dalam cabutan umum. 



Berikut merupakan jawatnkuasa Ibu bapa sesi 2014 / 2015 yang baharu :



Ex-Officio : Encik Abdul Rahiman bin Yusof (Guru Besar SKTAR)
Penasihat 1 : Puan Junaidah binti Bani Amin ( PK Kurikulum)
Penasihat 2 : Encik Saifullizan bin Salehuddin  ( PK HEM)
Penasihat 3 : Encik Alpian bin Md Nor ( PK Ko-kurikulum)


Yang Dipertua : Encik Khairul Aizam bin Saat
Naib yang Dipertua : Encik Wan bin Elok
Setiausaha : Puan Suhaiza
Naib Setiausaha : Puan Jauharriah binti Ahmad
Bendahari : Encik Tajuddin bin Ahmad


AJK guru :
1.Puan Wahira binti Ali
2.Cik Nurhayati binti Hashim
3. Puan Saedah binti Ahmad
4. Puan Rogayah binti Abdullah
5.Puan Hafsania binti Jamian


AJK Ibu Bapa :
1.Puan Rozita
2. Puan Siti Nur binti Johari
puan Rosnah 
4. Puan Sarina
5. Puan Kamariah binti Atok
6. Encik Ali


Juru audit :
1. Encik Mohd Yusmawi bin Zainal
2. Puan Rosmini binti Akob



Berikut merupakan aturcara mesyuarat Agung PIBG Kali ke-31 :

7.40 pagi : pendaftaran Ibu  bapa dan guru

8.30 pagi : Tetamu jemputan masuk ke dalam dewan ( Perasmi masuk )
-Nyanyian lagu Negaraku
-Bacaan doa
-Persembahan murid

9.00 pagi : 
-Ucapan guru Besar SKTAR  : Encik Abdul Rahiman bin Yusof
-Ucapan PPD :  Encik Zaki bin Yusoff
-Ucapan Perasmian : Wakil YB : Encik Mahyudin bin Omar 
                           ( Setiasuaha politik YB Batang Kali )
                    - Gimik perasmian ( tandantangan berkamera)
                    -Cabutan 5 hamper terawal
- Persembahan murid : " Joget Kenangan Manis"
- Penyampaian cenderamata pada perasmi majlis dan wakil PPD Hulu Selangor
-Penyampaian cenderamata kepada AJK PIBG sesi 2014 / 2015

10.00 pagi : Rehat ( Jamuan )

10.20 pagi : Mesyuarat Agung bermula :
- Pembentangan minit terdahulu
- Pembentangan laporan kewangan
-Laporan usul
-Pemilihan AJK Baharu

12.20 tengahari  : cabutan bertuah 26 hamper
12.45 Tengahari : Majlis bersurai



Perasmi majlis telah disempurnakan oleh Encik Mahyuddin bin Omar selaku wakil YB Dun Batang Kali. beliau juga merupakan Setiausaha Politik pada Yb Tuan Mat Nadzeri bin Ahmad Dahlan. Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh wakil Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor, Encik Mohd Zaki bin Yusoff Bahagian Pengurusan Sekolah Rendah. Pemimpin setempat Tok Batin Kampung Tun Razak Encik Asu bin Dolah juga turut hadir.


sarapan pagi VIP di PSS


Puan Siti Khadijah dan Cik Nurhayati mengendalikan pendaftaran ibu bapa



Kehadiran ibu bapa dan guru telah memenuhi dewan


Hadirin


Khusyuk melihat laporan PIBG


Tetamu VIP mengambil tempat



Bacaan doa oleh Ustaz Tajuddin bin Ahmad


Ucapan aluan oleh Encik Abdul Rahiman bin Yusof ( Guru Besar )


Penjelasan mengenai blog sekolah dan sistem ICT Pintar oleh Guru Besar


Ucapan oleh PPD Hulu Selangor Encik Zaki bin Yusoff


Ucapan perasmi selaku wakil YB Mat Nadzeri, Encik Mahyudin bin Omar ( S/U Politik)


Gimik perasmian berkamera

 Cenderamata AJK pada AJK Guru dan Ibu bapa


Jamuan Ibu bapa di kantin , turut dibantu pekerja swasta sekolah


Bihun goreng singapore dan ait kotak menjadi pengalas perut

Mesyuarat Agung dah nak start ...


Ibu bapa mula memenuhi kembali dewan


Encik Fahmi orang kuat P.A Sistem

 
Pembentangan Laporan AJK Sesi 2014 / 2015 terdahulu.

 
AJK guru dan ibu bapa sesi 2014/2015 sebelum dibubarkan


"Berdirinya saya di sini untuk bertanya tentang usul..."



Pembentangan dan usul mula dibahaskan


Harapan PIBG SKTAR oleh YDP baharu, Encik Aizam Saat dan PK HEM Encik Saifullizan.

Minit dicatat


Dicatat oleh Puan Wahira dan Encik  Nayan

Pemilihan dilaksanakan, pencatat scoreboard oleh Ustaz Tajuddin

Pemilihan AJK baharu yang dimuktamadkan



 Cabutan bertuah ibu bapa

Cabutan bertuah ibu bapa


Persembahan "Joget Kenangan Manis" yang dipimpin oleh Puan Norhazliza biti Mohamad dan Puan Zaitun binti Md Kassim


Kehadiran hampir 120 orang ibu bapa kali ini membuktikan PIBG SKTAR adalah PIBG PINTAR. 




SKTAR PINTAR

Thursday, 5 March 2015

Jelajah Moh Ke Sekolah Asyik FM, Selangor FM, DBP dan JAKOA 2015

Aktiviti : Program Jelajah Moh Ke Sekolah Asyik FM 2015
Tarikh : 4 Mac 2015 ( Rabu )
Waktu : 7.40 pagi - 5.00 petang
tempat : Kawasan sekolah & Asrama SKTAR
Perasmi : YB Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan ( ADUN Batang Kali Hulu Selangor )




Salam perpaduan..


Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak sangat beruntung kerana telah dipilih oleh Radio dan Televisyen Malaysia ( RTM ) untuk turut serta dalam Program "Jelajah Moh Ke Sekolah" anjuran Radio Asyik/Selangor FM, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan JAKOA Selangor. program yang telah direncanakan sejak bulan Januari lalu telah menjadi kenyataan.


 Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh pihak penganjur dan direalisasikan oleh SKTAR dengan menggabungkan kesepaduan dan kerjasama antara pasukan. Program ini juga turut dihadiri oleh barisan penyampai Radio Selangor FM dan Asyik FM. Khabarnya berita program ini telah dikumandangkan dalam Radio Asyik FM frekuensi Lembah Klang 91.1FM.


Penyelaras program ini adalah Puan Zaitun binti Md Kassim dan dibantu oleh rakan-rakan sejawat dalam jawantankuasa pelaksana kali ini. Terima kasih tidak terhingga diucapkan pada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.



Berikut merupakan aturcara majlis :

SESI PAGI 

8.00 - 9.00 pagi              : ketibaan tetamu dan sarapan pagi
9.00 - 10.30 pagi            : Sukaneka Tahap 2
                                            - isi air dalam botol
                                            - lari junjung pundi kacang
                                            - Lari lompat tali
                                            - Golek tayar
                                            - Pertandingan Tahap 1
                                            -Pertandingan mewarna Tahap 1 ( Kelas Tahun 1 )
                                            - Pertandingan susun kad kata tahun 2 ( Kelas Tahun 6 )
                                            -Pertandingan mengeja dengan betul Tahun 3 ( Kelas Tahun 5 )
           (Pertandingan sukaneka Tahap 2 dialankan serentak dengan pertandingan Tahap 1 )
10.30 - 11.00 pagi           : rehat dan makan
11.00 - 11.45 pagi            : Pertandingan bercerita ( Dewan )

SESI TENGAHARI 

11.45 pagi - 12.45 tengahari : 
            - Ketibaan YB Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan ADUN Batang Kali, Hulu Selangor
            - Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
            - Ucapan pihak penganjur iaitu Puan Marina binti Uda Nagu
            - ucapan Guru Besar SKTAR Encik Abdul Rahiman bin Yusof
            -Ucapan Perasmian oleh YB Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan ( ADUN Batang Kali )
            - Pelancaran gimik perasmian
            -Persembahan tarian joget
            - Penyampaian hadiah
12.45 - 2.30 petang              : Rehat, makan tengahari dan solat Zuhur

 SESI PETANG

2.30 - 3.30 petang          : Program Motivasi Tahun 4,5 & 6 oleh Ikon Asli Asyik FM
3.30 - 4.00 petang : 
                      -Pertandingan Dam Bahasa untuk murid Tahap 2 ( Dataran Perhimpunan )
                      - sukaneka dewasa ( Dataran Perhimpunan ) : - Lari ikat kaki & Hulalhop
4.00 - 4.30 petang : 
                     -persembahan IKON Kanak-kanak SKTAR
                     -Unplugged ( Gitaris oleh guru Besar dan Artis Asyik FM )
                     - Penyampaian hadiah
                     - Minum petang dan bersurai

Setinggi-tinggi penghargaan kepada :

YB Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan ( ADUN Batang Kali )

Dr.Shafiq Alfonse bin Abdullah ( Pengarah Penyiaran Selangor FM )

 Puan Mariama binti Uda Nagu ( Pengurus Asyik FM )

Datuk Abang Sallehuddin bin Abang Shokeran  ( Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP )

Encik Mohd Hafis bin Omar ( Pegawai JAKOA Hulu Selangor )

Tuan Zainal Abidin bin Mohd Yusof ( Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor )

Encik Abdul Rahiman bin Yusof ( Guru Besar SKTAR )

Batin Asu bin Dolah ( Tok Batin Kg Tun Abdul Razak KKB )

Guru-guru dan staf sokongan SKTAR


 Permainan Dam Bahasa

 DJ turun padang

 Sukaneka Tahap 2 di Futsal

 Minum pagi dulu

 Langkah kejayaan

 Kandid

 Moh Ke Sekolah






























SKTAR PINTAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...